Terma ‘makan luar’ merujuk kepada perbuatan curang dan tak setia dalam konteks perkahwinan.
Terma ini kerap digunakan bagi pasangan suami atau isteri yang curang dan terlanjur bersama dengan pasangan mereka.
Dalam islam, berzina adalah perbuatan yang sangat dilarang kerana ia akan merosakkan nasab keturunan dan maruah manusia.
Assalamualaikum, terima kasih admin kerana menyiarkan confession saya.
Tergerak hati menulis selepas terbaca confession, Terjebak Juga. Nama saya Lisa, berumur pertengahan 30-an, mempunyai kerjaya yang baik, alhamdulillah, kawan-kawan dan keluarga yang baik juga.
Namun, saya tidak beruntung dalam perhubungan. Seringkali saya sedapkan hati sendiri, terlalu banyak nikmat lain yang Allah bagi, must4hil hidup ni boleh jadi terlalu sempurna tanpa c4cat celanya. Dan seringkali juga saya memikirkan mungkin ini di sebabkan kesilapan saya di masa muda dulu. Sekitar usia 21 tahun pada waktu itu.
Ceritanya bermula, pada ketika itu saya mempunyai seorang teman lelaki dari zaman sekolah. Sama-sama mengambil stpm tapi dia direzekikan lebih awal ke menara gading. Saya namakan dia Zack. Pada suatu hari Zack ajak saya berjumpa kebetulan dia bersama abang sepupunya pada ketika itu. Saya namakan Khai.
Kerana perwatakan Zack yang agak pendiam, berbanding dengan abang sepupunya Khai yang pandai berbual dan cepat mesra. Akhirnya kami saling bertukar nombor telefon. Dugaan berjauhan dengan Zack menyebabkan saya senang mengadu dengan abang sepupunya.
Dan dia pada ketika itu sering memberikan nasihat – nasihat positif. Tanpa disedari hubungan kami menjadi sem4kin akrab. Setiap malam calling, kebanyakan waktu adalah ketika isterinya sudah tidur. Suami orang memang sweet talker sebab dia dah berpengalaman menangani dan membaca watak- watak perempuan.
Saya pun sem4kin terbuai, sehingga walaupun Zack tidak menghubungi saya, saya sudah tidak mencarinya lagi. 6 bulan berlalu, dan hubungan kami sem4kin tersasar jauh hingga tahap tidur bersama. Bukan sekali tapi berkali – kali.
H1nanya saya, tidur bersama Khai, namun saya masih tetap berhubungan dengan Zack. Tentunya semua ini di luar pengetahuan Zack. Pada waktu itu, saya menyedari semua tindakan saya adalah salah. Namun saya selalu gagal untuk pergi dari Khai akibat terpujuk rayu dan kembali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu.
Sedangkan Zack tidak mengesyaki kami kerana tahu abang sepupunya dah berkahwin dan fikir hubungan kami cuma seolah-olah adik dan abang. Tapi sepandai – pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Perbuatan terkutuk kami diketahui Zack bila dia pulang secara meng3jut dan berjumpa saya secara tiba-tiba. Zack mulanya ingin meminjam handphone, tapi tidak saya benarkan hinggalah berlaku sedikit pergelutan, Zack berjaya mer4mpas dan membaca semua mesej – mesej saya bersama abang sepupunya.
Maka pecahlah pekung di d4da. Pertama kali saya melihat Zack meng4muk begitu.Sedih, dan rasa bersalah yang teramat dalam. Zack ingin bersua muka dan menyatakan akan mendedahkan semua perbuatan terkutuk abang sepupunya kepada isterinya.
Namun saya menghalang dan merayu, menangis dan berlutut memohon maaf dan minta tolong kepadanya agar perkara ini tidak dihebohkan. Demi maru4h saya dan keluarga. Seminggu didiamkan Zack.. akhirnya dia akur permintaan saya dan sudi memaafkan, serta menerima diri ini yang sudah ditebuk tupai.
Dengan syarat, saya mesti keluar dari daerah kami agar hubungan dengan abang sepupunya betul-betul terputuus. Saya akur dan Zack mengatur semua perjalanan saya untuk tinggal bersama kakaknya di negeri lain. Cuti Zack pada waktu itu hanya dihabiskan menguruskan saya.
Kebetulan kakak Zack belum berkahwin dan tinggal sendiri. Tidak sulit untuk saya menumpang sementara dengannya. Namun saya tetap masih perlu berjauhan dengan Zack. Zack mula berubah, lebih kerap menghubungi saya, lebih banyak bercerita berbanding dulu.
Namun selepas saya setuju syaratnya, sekalipun Zack tidak pernah ungkit kisah itu lagi. Alangkah baik hatinya. Ketika itu saya betul-betul menghabiskan masa dengan solat taubat. Rasa bersalah yang menggunung kepada Zack yang begitu baik hati.
Namun dalam masa yang sama, saya tetap merindukan Khai. Kadang-kadang rindu, dan kadang-kadang terlalu kerana dia seolah-olah terbebas begitu saja. Hinggalah saya mendapat pekerjaan, dan memutuskan untuk tinggal sendiri sambil simpan duit.
Tidak lagi menumpang dengan kakak Zack. Memikirkan hubungan yang m4kin serius, kisah gelap itu tetap mengh4ntui saya. Bagaimana kiranya Zack hendak menghadapi abang sepupunya seandainya kami berkahwin.
Dan bagaimana pula saya hendak bersemuka dengannya. Saya seringkali str3ss memikirka keadaan itu.Tali persaud4raan tak boleh dielakkan. Kami pasti akan tetap bertemu juga. Sedih dan rasa jijik kerap mengh4ntui saya.
Akhirnya saya meninggalkan Zack tanpa kata putuus. Saya hilang begitu saja tanpa boleh dihubungi, dan memutuskan berhenti kerja serta melanjutkan pelajaran di tempat lain. Dengan keluarga saya khabarkan hubungan saya dengan Zack sudah berakhir dan minta merahsiakan keberadaan saya.
Tahun berlalu, dan saya pun mendapat kerja yang stabil, mungkin kerana dih4ntui dosa yang lama, akhirnya saya berkahwin dengan pilihan keluarga, seorang lelaki yang langsung tidak mengetahui masa silam saya. 7 tahun perkahwinan dan dikurniakan seorang anak, merasakan hidup sudah cukup bahagia.
Satu hari saya dapati suami saya curang hingga ke tempat tidur juga bersama seorang anak d4ra. Dosa semalam autom4tik bermain di ingatan seolah-olah layar filem. Saya menangis namun sikitpun saya tidak memarahi suami saya.
Kerana anggap mungkin inilah kifarah buat saya. Sejadah menjadi tempat pertama memohon berjuta keampunan dari Allah. Akhirnya kami bercerai secara damai. Saya menerima dengan redha mungkin inilah kifarah untuk saya kerana dosa yang lalu.
Walaupun mungkin isteri Khai hingga saat ini tidak tahu perbuatan terkutuk kami dulu, namun Allah maha mengetahui. Dan setiap perbuatan itu ada akibatnya. Kini, sudah 5 tahun saya berpisah dengan bekas suami. Hubungan kami baik- baik saja demi kepentingan anak.
Zack pula alhamdulillah sudah memiliki seorang isteri dari warga pendidik dan mempunyai dua orang anak yang comel. Sesekali saya hanya memantau dari media sosial dan mendokan Zack dari kejauhan. Untuk diri saya, rasanya terlalu sulit untuk membuka hati kembali, kerana takut dosa semalam mengh4ntui.
Biarla seluruh hidup aku kini diabadikan untuk memohon keampunan dan memberikan yang terbaik untuk anak. Kepada adik-adik dan perempuan di luar sana. Janganlah terjebak dan mudah terpedaya janji suami orang.
Mereka tidak akan rugi apa-apa. Yang rugi adalah kita sebagai wanita. Dan ingatlah sebelum bertindak.. kerana setiap perbuatan itu pasti ada akibatnya. Cepat atau lambat.. Salam sayang dari wanita untuk wanita. Lisa, wanita yang terhukuum. – Lisa (Bukan nama sebenar)
Baca juga: “Asyik sakit sakit bila balik rumah mak mentua, apa yang mereka lakukan buat aku tergamam”