Maksud sihir ialah ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannnya.
Kini sihir digunakan secara berleluasa atas dasar hati yang busuk dan ingin orang yang tidak disukai mengalami kesakitan atau kesusahan dengan bantuan syaitan.
Sihir juga merupakan antara tujuh dosa besar yang membinasakan seperti dalam ayat al quran daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda bermaksud “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan.
Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”
Assalamualaikum, terima kasih kepada admin yang sudi siarkan kisah aku ni. Kisah yang akan aku ceritakan ini adalah dari kisah benar dan perkongsian ini boleh dijadikan teladan bagi orang lain. Cerita ni agak panjang, sebab kalau nak ringkaskan, takut tak faham pucuk pangkalnya
Ringkasnya, aku ini seorang lelaki yang berasal dari negeri di utara yang berkerja di jabatan kerajaan di sebuah negeri selatan tanah air. Pada awalnya sekitar tahun 2012, aku melaporkan diri di pejabat, sebab gred jawatan aku yang tertinggi di situ, maka aku diarahkan oleh Pengarah untuk memangku jawatan ketua pejabat (bos).
Ketika dalam tempoh ini, aku amat rapat sekali dengan semua staf di ofis dan yang paling akrab dengan aku ni aku namakan dia Aiman. Of course la rapat, sebab ada kepentingan di situ terutamanya bab tender – tender dan kerja-kerja kerajaan. Senang cerita, kroni.
Aiman ni orang lama di ofis tu dan mahir tentang selok belok SOP selain ramai contact dan kabel – kabel, malas nak cerita lanjut bab ni. Pada awalnya, ada beberapa staf aku ada bagi pesanan kat aku agar berhati-hati dengan Aiman, sebab kadang-kadang tu tindakan dia agak berb4haya dan boleh menjerat pada isu integriti.
Aku ambil positif, dan teruskan berkawan dengan semua orang, maklum la, kampung jauh, kawan takda, kawan yang ada pun dalam ruang lingkup pejabat dan jabatan je. Tiba pada satu tahun, pihak JPA menaik-taraf perjawatan semua staf di jabatan aku ni seluruh Malaysia yang akhirnya menjadikan staf – staf bawahan aku kini dah sama gred jawatan dengan aku.
Termasuklah Aiman yang dulunya pegawai yang diselia, kini dah sama level dengan aku. Aku tak kisah pun dan anggap ini adalah rezeki masing-masing. Tahun silih berganti, beberapa pegawai atasan juga turut silih berganti, ramai yang berpencen.
Maka ada banyak kekosongan pegawai gred atasan, senior yang perlu diisi. Kisah duka ini bermula pada tahun 2016 apabila seorang pegawai diarahkan bertugas di pejabat aku dan aku namakan dia ni Badrul. Dahulunya, Badrul ni sama gred jawatan je dengan Aiman tapi disebabkan pengisian jawatan yang tak telus, maka dia lulus temuduga dan dinaikkan gred ke jawatan senior dan dihantar ke daerah aku bertugas dan menjadi bos aku yang mana sebelum ni dia bertugas di daerah lain.
Aku cuba merisik cerita kawan-kawan dari tempat lama dia, katanya si Badrul ni agak bermasalah yang terkenal dengan sifat panas baran dan mulut celupar. Yang bestnya, ex-bos si Badrul ni mengaku, dia memang nak keluarkan Badrul dari ofis dia dengan cara luluskan temuduga supaya dia boleh berpindah.
Bayangkanlah dia punya baran tu, baru hari ke-2 lapor diri, aku ni dah kena makan hamun. Apabila Badrul dah masuk ofis, of course yang Aiman tu akan himpit melekat dengan Badrul atas faktor kepentingan peribadi dan aku pula diburuk-burukkan.
Disebabkan sebelum ni aku dah pernah jadi bos di sini, tetiba pulak Badrul masuk dan jadi bos aku, maka dia agak sedikit malu alah dan merasakan aku cuba caras kerja dia. Dan Aiman pun agak susah nak buat kerja dia sebab masa Aiman baik dengan aku dulu, dia banyak perturunkan ilmu-ilmu integriti dia, kini dia rasa susah nak masyuk sebab skill dia semua dalam tangan aku.
Pada 2016, aku mula mendapat pengiktirafan di peringkat jabatan atas kemahiran terhadap satu bidang khas yang dinamakan Pegawai Bidang Khas yang mana selama bertahun-tahun pergi belajar, pergi kursus, buat pemerhatian, buat analisa, baru la nak dapat pengiktirafan tu.
Ekoran daripada tu, aku banyak mendapat jemputan ceramah berbayar daripada pelbagai pihak lain seperti agensi kerajaan lain, IPTA, IPTS, pihak-pihak swasta dan di peringkat jabatan sendiri. Kebetulan pada masa yang sama, jabatan aku sedang buat pengisian jawatan senior dan masa tu nama aku antara yang disebut-sebut oleh pengarah untuk kenaikkan pangkat.
Jadi m4kin ramai la yang s4kit hati. Ketika berada di kemuncak karier ni, ramai pula yang iri hati, banyak fitnah dan tohmahan oleh rakan sepejabat dilemparkan pada aku dan akhirnya aku dipulaukan satu pejabat. Mujur la masih ada lagi insan di ofis yang setia dengan aku.
Kisah disih1r ni bermula Pada penghujung 2016, masa tu ada la rezeki lebih sikit hasil dari bagi ceramah, aku ambil cuti panjang, 2 minggu, pergi mengembara di negara jiran (Thailand). Sebelum aku bertolak, aku dihinggapi 1 peny4kit Beguk / Bengk4k cantik pada leher, dah cek doktor, scan, doktor pun tak tau punca.
Tak berpatah semangat, kembara diteruskan walaupun s4kit dan perit. Pada hari ke 8 di sana, malam tu masa aku tidur, aku bermimpi seekor anjing hitam jenis doberman ada kepala tiga, mimpi beruk, mawas bergigi tajam nak terkam aku, mimpi ular tedung hitam tengah patuk tangan.
Tanpa apa-apa syak, esoknya aku teruskan perjalanan sampai di Malaysia, singgah di kampung kejap. Masa dalam perjalanan tu, aku terasa kaki ni s4kit sangat, lenguh-lenguh yang luar biasa, terutamanya dari lutut ke bawah.
Masa di kampung, abah, mak dan adik silih berganti urut kaki aku, katanya efek sebab dah 12 hari bawa moto. Yang peliknya, lepas mak aku urut kaki, tangan dia tiba-tiba s4kit, naik merah – merah kat tangan macam bentuk kepala buddha.
Adik aku pulak dapat gangguan mimpi pelik dan abah aku pulak tak bercakap banyak. Masa ni dah 4 malam aku mimpi pelik – pelik dan aku anggap mungkin gangguan j1n liar saja. Esoknya aku terus perjalanan balik ke rumah, bertemu anak kecilku dan isteri.
Mulanya anak aku macam takut – takut nak peluk, tapi sebab dah lama tak jumpa, dia peluk dalam takut – takut. Habis cuti, aku sambung kerja pulak. Kena pulak ofis kat tingkat 2, lif takda, naik la tangga. Hampir 10 minit aku menapak sebab s4kit yang teramat kat kaki yang mana biasanya tak sampai 1 minit pun dah sampai atas.
Bila masuk ofis je, s4kit kaki tu m4kin menjadi-jadi, kepala s4kit berdenyut dan beguk di leher tu rasa perit sangat. S4kit ni masa siangnya ok lagi. Tapi akan jadi sangat teruk bila waktu maghrib sampai subuh. Satu malam tu, aku pergi berurut dengan sorang tukang urut, pakcik ni aku dah biasa berurut dengan dia, tengah mengurut aku, pakcik tu mengeluh dia terasa perit sangat nak urut aku, bau kemenyan, bau hanyir terlampau kuat.
Malam esok pulak aku ulang lagi rawatan mengurut, masa sampai tu, dia tanya aku, “datang sorang ke”, aku jawab ye. Dia tanya, “habis tu, sapa pompuan kat dalam keta tu, bawa la dia turun. ” Aku dah mula rasa pelik, ingatkan pakcik tu bergurau.
Aku cakap, “saya mai sorang je, kalau ada yang ikut tu, suruh dia balik.” Beberapa ayat Quran dilantunkan, dan hilanglah pompuan dalam keta tu. Selesai mengurut, pakcik tu berpesan, “hati-hati lah, sebab ada orang tengah marah kau tu. ” Masa ni aku bodoh lagi, tak berapa nak percaya bab-bab ni.
Sebab tak tertahan rasa s4kit, malam esok aku pergi hospital untuk check up. Sampel d4rah diambil, ujian x-ray buat, kena lagi ultrasound check di leher. Doktor cakap result semua ok, normal, takda apa- apa yang negatif pada result, x-ray dan ultrasound.
Setiap hari aku terp4ksa ambil EL (em3rgency leave) sebab masa ni aku tak dapat nak jalan, hatta berdiri sekali pun. Sampai kan waktu siang masa bini aku keluar pergi kerja, aku ambil pasir kucing letak dalam bekas dan jadikan tempat aku nak kencing.
Bila berita ni sampai kat ofis, kata-kata fitnah m4kin rancak yang katakan aku ponteng kerja, lupa diri dah dapat payment. Keadaan ni berlanjut sampailah pengasuh anak aku (kak S) tanya pada isteri aku, apsal aku dah lama tak datang ambil anak?
Bini aku pun cerita la segalanya dan kak S suruh aku datang rumah dia malam tu jugak. Malam tu di rumah kak S, dia bagitau yang ada seseorang akan datang merawat aku malam tu, janjinya lepas maghrib, last-last tengah malam baru sampai.
Dalam tempoh menunggu perawat tu datang, s4kit aku m4kin menjadi – jadi sampai aku hampir lost control. Kak S banyak kali call perawat tu tanya kat mana dah, dia jawab suruh sabar, dugaan dia tengah besar.
Sem4kin perawat tu nak sampai, m4kin teruk s4kit aku, hanya zikir Allahuakbar saja yang mampu aku lantunkan.Selepas tu, rawatan pun bermula, dari cerita isteri aku, masa rawatan tu, macam – macam suara yang aku keluarkan, ada yang gelak, ada jerit, ada garau, ada halus. Katanya dari perawat tu, banyak sangat gangguan.
Ada yang degil tak mau keluar.Esoknya mak dan adik aku datang untuk jenguk keadaan aku, diorang sepakat bawa aku ke hospital lain, masa ni dah duduk atas wheelchair, badan lemah sangat sampai aku ditahan di wad.
Maka pelbagai ujian mula dilakukan, mula – mula x-ray, kemudian blOod screening.Malam tu doktor cakap yang result aku zero, negatif, takda apa – apa. Esoknya doktor pakar round wad, dia semak pun cakap benda yang sama dan akhirnya aku diputvskan untuk menjalani rawatan anti-biotik yang amat s4kit.
Selama 8 hari di wad, 2 kali ujian x-ray. 2 kali blOod-screening dan 1 ujian ultrasound. Semanya negatif.
Akhirnya doktor pakar mengesyorkan aku cuba cari rawatan alternatif dan dibenarkan discaj, dapat MC 1 minggu utk teruskan anti-biotik.8 hari di wad aku terasa fresh sangat, rasa sihat je. Boleh la bangun dan jalan.
Balik ke rumah je, terus rasa s4kit balik sampai tak boleh nak jalan. Masa tu jugak perawat tu call dan buka hal sebenar, katanya ada orang dengki dan marah dengan aku.Orang tu aku kenal dan dekat sangat.
Dia kata, kalau nak tengok siapa pemunya angkara, buatlah solat hajat dan mintak doa, sebab do orang terani4ya ni tanpa hijab. Selepas beberapa hari solat hajat dan berdoa, Alhamdulillah, Allah jawab do ku, Dia tunjukkan aku siapa penyihir tu.Terpampang jelas wajah Aiman dan Badrul.
Aku call perawat untuk teruskan rawatan. Beberapa kali siri rawatan, sihir tu mash lagi menyer4ng. Amaran dah diberi banyak kali supaya jangan ganggu lagi, tapi diorang mash degil. Maka perawat mulakan rawatan pulang sih1r.Esoknya aku masuk ofis, aku tengok si Aiman dan Badrul dalam keadaan yang teruk sangat, batuk teruk sampai nak pecah d4da, muka berpeluh teruk, s4kit kepala yang kronik.
Keadaan tu berterusan selama beberapa hari, perawat call aku dan syorkan untuk hentikan pulang sih1r tu sebab kesannya amat teruk sekali.Sebab bila pulang balik, si penyih1r tu akan kena 2x ganda efek yang kita terima, silap – silap boleh wayar puts atau puts nyawa.
Kini aku dah berpindah tempat kerja, di persekitaran baru, kawan kawan baru, suasana baru.Alhamdulillah, Allah hadirkan pelangi selepas hujan. Cuma sebelum aku pindah tu, si Badrul dajalkan aku dengan bagi markah SKT yang rendah.
Yang bestnya, pada muka dean Nota Serah Tugas tu, aku tuliskan maksud surah Thaha, ayat 69*. tidak akan pernah menang tukang sih1r itu dari mana pun ia datang.. ” dan muka dia berubah lain sangat, mungkin sebab dia dah tahu aku tahu…
Sih1r tu pula diorang ambil gambar aku di fb, kebetulan masa di Thailand, aku banyak upload gambar kaki dengan view sana. Diorang gunakan nama aku dan nama emak aku. Ada barang sih1r diletakkan kat ofis dan ada yang tabur di rumah. Terima kasih sudi baca kisah yang panjang lebar ni.