Ramai ibu bapa yang bekerjaya kerap mengupah pengasuh untuk menjaga anak mereka ketika sedang bertugas dari pagi hingga ke petang.
Tuntutan kerja membuatkan ibu bapa terpaksa berpisah sebentar dengan anak dan ini juga menyebabkan mereka mampu untuk ‘berseronok’ seketika tanpa memikirkan anak yang masih kecil.
Namun pengasuh ini berkongsi cerita dimana dia menjaga anak asuhannya seperti anak sendiri namun kerap dibuli oleh ibunya yang tidak mahu membayar lebih dari yang sepatutnya.
Aku terpanggil untuk menulis kerana aku ada terbaca beberapa posting mak bapak yang mengadu tentang sikap pengasuh tapi tak ada satu pun posting pengasuh mengadu tentang sikap mak bapak.
Pertama sekali aku nak perkenalkan serba sedikit tentang diri aku. Aku seorang pengasuh. Ada anak kecil dan sekarang sedang hamil trimester kedua. Aku seorang yang lembut hati tapi agak garang. Mungkin kerana penat waktu mengandung ni jadi sukar untuk aku kawal emosi.
Tapi aku bukan la gila nak marah – marah tak tentu pasal. Bila salah aku marah. Biasanya aku tahan tapi bila selalu tahan aku mudah meletup. Belum pernah naik tangan kecuali pada anak sendiri. Prinsip aku, aku tak akan pukul anak orang.
Kisah aku bermula bila aku ambil seorang anak asuhan ni aku namakan dia Faiz. Faiz ni berumur tiga tahun dan agak nakal atau mungkin lebih tepat kurang perhatian dari ibubapa dia. Wallahua’lam. Aku pun tak berani judge.
Beza umur anak aku dengan Faiz ni dua tahun dan anak aku banyak terikut per4ngai Faiz. Kebanyakannya yang negatif. Aku tak salahkan dia sepenuhnya. Aku cuba berfikir positif mungkin ini fitrah anak kecil. Aku faham dia nakkan perhatian.
Aku ingat lagi, minggu pertama aku mengasuh Faiz, depan mata aku dia duduk atas anak aku dan tekan kepala anak aku ke tilam. Reaksi aku? Terk3jut dan terus ambil anak aku. Kali kedua dia buat atas lantai. Aku sebagai ibu sangat marah. Tapi aku hanya tegur secara baik.
Perkara ni aku tak ceritakan pada ibu dia. Silap aku. Sebab dari awal tak bagi tahu. Lepas hampir setahun, dia buat lagi dan kali ni dia buat depan mak dia. Terus ibu dia terk3jut dan tanya siapa ajar buat macam tu. Reaksi aku masa tu biasa je sebab itu bukan kali pertama.
Sekarang Faiz ada adik namanya Faiq. Umur kurang setahun. Ragamnya kurang. Kadang – kadang mudah dijaga. Kadang-kadang susah. Biasalah bayi. Aku memahami. Menjaga Faiq bukan masalah bagi aku. Yang jadi masalah adalah ibunya.
Dari dulu sampai sekarang masih sama. Dari sebelum aku hamil sampai sekarang sedang hamil. Dari aku jaga Faiz lagi ibu dia suka ambil lambat. Kadang-kadang sampai malam. Masa Faiq belum lahir, setiap kali habis kerja mereka akan balik rumah tidur dulu.
Petang baru ambil Faiz. Ada masa mereka pergi makan dulu baru ambil anak. Untuk pengetahuan pembaca semua, ibu ayah Faiz ni guru sesi pagi. Jarang sekali ada tugasan sampai petang. Kalau ada pun mungkin sampai jam empat petang.
Mereka biasanya ambil anak jam enam petang ke atas. Jarang sekali ambil awal. Setiap kali mereka ambil anak lambat aku tak pernah minta BAYARAN LEBIH MASA. Jadinya kalau ambil sampai lewat malam pun tiada bayaran dikenakan.
Faiz pernah bermalam kat rumah aku waktu weekend selama dua malam dan TIADA BAYARAN DIKENAKAN. Aku tak caj sebab aku seorang yang malu meminta – minta, lebih lagi berkaitan duit. Andai kata upah mengasuh dibayar lambat pun aku tak akan minta.
Alhamdulillah, untuk part ni belum pernah lambat. Sekarang aku hamil, aku cepat penat. Emosi aku apatah lagi. Ada satu hari, aku nak rehat masa tu dah jam dua petang. Aku baru nak tidur, Faiq bangun. Aku menangis sebab rasa penat sangat.
Ibu Faiq mesej aku bagi tahu mereka pergi pekan beli barang dulu. Sebenarnya suami aku nampak kereta dia kat tepi rumah. Tapi dia tak datang ambil anak. Untuk pengetahuan semua, dari awal aku hamil aku dah cakap aku tak boleh mengasuh.
Aku bagi dia masa sebulan untuk cari pengasuh lain. Ibu dia seolah-olah tak cari pengganti aku. Bila hampir hujung bulan, katanya tak jumpa pengasuh dan minta aku sambung lagi. Kehamilan kali ni aku kerap ke klinik untuk check up.
Tak pernah sekali pun aku minta cuti. Dari masa aku mengasuh Faiz, memang aku jarang minta cuti. Seingat aku dua ke tiga kali saja. Itu pun sebab memang terdesak. Kali pertama sebab aku berjaga semalaman kat hospital tunggu anak aku masuk air dan kali kedua sebab aku munt4h teruk.
Kalau s4kit, pening atau tak larat sangat masa hamil ni, aku akan minta suami ambil cuti supaya boleh tolong jaga anak dan anak asuhan. Aku takut sangat nak minta cuti risau mereka terbeban. Paling aku kecewa, dia tahu aku hamil tapi dia tetap ambil lewat.
Kadang-kadang pergi makan dulu baru ambil anak. Sedangkan masa dia hamil aku bagi ruang pada dia rehat dulu baru ambil anak. Tak pernah sekali aku berkira. Tapi dia? Masa PKP baru ni, aku sempat mengasuh Faiq dua minggu dan bayaran yang aku terima tak penuh.
Tak apa, aku terima saja. Aku anggap Allah bagi rezeki aku banyak tu. Walaupun ada lagi perkara lain yang buat aku makan hati dan kecewa, aku tetap jaga anak dia sebaik mungkin. Aku peluk civm anak dia macam aku peluk civm anak aku.
Untuk perkara lain aku ambil sikap abaikan dan hadap je. Aku bukan pengasuh yang baik tapi aku selalu cuba yang terbaik. Walaupun selepas anak dalam kandungan aku lahir, aku masih nak terus mengasuh. Tapi untuk mengasuh lagi anak dari ibubapa Faiz dan Faiq mungkin tidak. Aku serik.
Semoga lepas ni aku dapat anak asuhan dari ibubapa yang lebih. Terima kasih buat admin sekiranya penulisan ini disiarkan dan terima kasih juga buat para pembaca kerana sudi baca. Maaf sekiranya penulisan aku terlalu panjang dan tunggang langgang.
Aku harap tiada kata kecaman untuk aku mahu pun ibu Faiz dan Faiq. Doakan aku terus diberi kesabaran untuk bertahan dengan sikap ibu mereka. Sekadar info, Faiz dan Faiq bukanlah nama sebenar. Assalamualaikum dan salam sejahtera – Makcik Kiah (Bukan nama sebenar)