Ibu dan bapa itu adalah anugerah yang tak ternilai bagi seorang anak kerana itulah mereka menjadi kunci syurga buat setiap manusia.
Kasih sayang dan juga penjagaan mereka sepanjang membesar pasti akan membuatkan kita lebih merasa bersyukur kerana dikurniakan ibu dan bapa.
Namun, tidak seperti lelaki ini yang hanya hidup bersama bapanya dalam susah senang kerana ibunya telah lari bersama lelaki lain.
Assalamualaikum semua. Aku nak kongsi pengalaman hidup aku yang sebenarnya bagi kesan dekat emosi aku sampai hari ini. Tentang aku yang tak akan pernah boleh maafkan mak aku sampai m4ti, mungkin.
Aku anak tunggal, hidup dengan ayah aku sejak umur 8 tahun. Aku lahir dalam keluarga yang dhaif. Ayah aku penoreh getah dan ambik upah potong rumput rumah orang cari rezeki lebih. Mak? Mak aku tinggalkan ayah aku masa aku baru 8 tahun.
Mak ikut lelaki lain, AJK kampung kat felda yang boleh bagi kesenangan hidup dekat dia masa tu. Hari ayah aku pergi menoreh, depan mata aku dia naik motor ikut lelaki lain entah pergi mana. Dekat tengahari pandailah dia balik settle dapur kejap.
Orang kampung bukan tak mengata, dah mengata dah. Tapi memang begitulah keadaan dia. Aku ingat lagi, aku tak pernah rasa mak ikhlas bela aku, lahirkan aku. Pernah mak tonjol kepala aku tiba – tiba sebab aku duduk dekat meja makan. Ada hari tu kaki aku luka sebab main bola kampung terseret. Tercabut kulit lutut aku tunggu masa gugur. Aku balik mengadu dekat mak dengan rasa berharap mak sapukan ubat. Apa yang mak buat? Mak tarik kulit tu lepas tu seb4t guna h4nger dekat bahagian luka tu.
Menangis aku. Benda yang keluar dari mulut mak c4ci m4ki aku menyusahkan tak guna cari peny4kit. Ayah tak ada malam tu aku tak ingat ayah pergi mana. Satu hari, aku jumpa r4cun tikus punya paket dalam sinki. Aku curious sebab aku ni lasak memang biasa tak pernah aku jumpa tikus kat rumah ni.
Takat lastik cicak, kejar lipas, sebat kalkatu tu memang profession aku, saham cari makan. Tiba-tiba mak keluar dari bilik kata nak pergi hantar makanan dekat ayah. Aku tak fikir sangat apa – apa masa tu walaupun memang mak tak pernah kesah pasal makan minum ayah selama ni.
Mak pernah jerit dekat aku dengan ayah, kalau kau jantan – jantan nak makan, masak sendiri! Pergi carik janda! Ya Allah… Janda pun aku tak tau pebenda masa tu. Ingatkan nama kedai. Sambung balik bab r4cun tu. Mak keluar dengan mangkok tingkat pergi ke ladang getah.
Jarak dia tak jauh pun dari umah aku kira boleh jalan kaki je. Entah macam mana aku tiba-tiba tak sedap hati, aku ikut mak aku pergi ladang tu. Aku kejar mak aku. Aku tak tau apa-apa masa tu aku menangis dah walaupun aku rasa takkanlah mak sanggup r4cun ayah.
Entah macam mana, mak perasan aku mak tanya kenapa ikut nak buat apa? Aku pun ingat – ingat lupa apa aku jawab balik tapi memang muka mak lain macam takut. Tiba-tiba mak capai ranting kayu kat atas rumput mak seb4t aku.
Adalah dua tiga motor budak kampung lalu pandang je aku kena belasah dekat situ. Allah tolong aku, ada sorang pakcik ni naik motor dia berhenti tanya kenapa pukul anak. Aku yang menangis ni terus lari balik rumah. Kawan-kawan aku yang jalan kaki nampak sampai kejar aku nak tau kenapa aku macam tu.
Malam tu ayah balik, ayah berg4duh dengan mak. Aku perasan AJK kampung tu dalam kereta tunggu luar rumah. Mak suruh ayah ceraikan mak sebab dia kata ayah aku dayus tak pandai bela bini. Tu lah malam mak aku tinggalkan aku dalam keadaan aku tarik tangan mak jangan tinggalkan aku. Mak sep4k aku, dia kata aku boleh hidup dengan ayah. Mak nak tengok bapak aku boleh ke bagi aku hidup dengan pendapatan menoreh dia masa tu.
Kini.. Tahun lepas, mak cari kitorang. Mak tanya khabar aku, ayah, cucu dia dan isteri aku. Semua ni terkantoi sebab aku terjawab telefon ayah aku masa dia dalam tandas. Aku kenal suara tu walaupun dah berpuluh tahun dia tinggalkan aku.
Aku menangis sangat – sangat, jatuh air mata jantan aku depan isteri aku malam tu sebab aku marah sampai menangis. Kenapa ayah masih berhubung dengan mak aku lagi sedangkan perempuan tu dah buat macam-macam dekat kami.
Perempuan tu pernah cuba r4cun ayah, aku yakin satu benda ni. Ayah kata mak s4kit. Mak dah bercerai dengan suami AJK kampung dia tu. Mak perlukan duit untuk dialisis. Sebab dia dapat tau daripada makcik aku (kakak mak, tolong jugak aku membesar masa mak lari dulu) yang aku dah jadi engineer, dia nak mintak bantuan duit.
Kau rasa dend4m aku tak membara ke, bila mak aku cari aku sebab duit? Kenapa bukan sebab menyesal kenapa mesti sebab duit je? Aku tengking ayah malam tu. Aku kata jangan berani contact mak lagi sebab aku takkan lupa apa yang dia buat dekat ayah, dekat aku.
Tergamak mak tinggalkan aku macam tu. Benda tu tiba – tiba diam lepas beberapa minggu, aku boleh cakap dengan ayah macam biasa. Alhamdulillah bini aku sangat membantu dalam hal ni. Dia selalu bagi positive vibe bila aku mula nak fikir bukan bukan.
Betullah, perempuan dah jadi mak dia akan pandai handle banyak benda, tapi dalam kes ni mak aku terkecuali lah eh? Ada satu hari tu, aku balik kerja lambat sebab memang serabut dengan projek dekat bintulu. Balik – balik bini aku hidangkan makanan, siap tuangkan lauk semua.
Lepas dia dukung anak aku, dia ambil tempat kat sebelah teman aku makan. Entah macam mana sambil aku makan aku menangis. Aku tak terungkap rasa s4kit dalam diri aku, aku tak pernah rasa perempuan care pasal aku macam ni.
Mak aku tak pernah layan aku macam ni, tak pernah teman aku dekat meja makan pun. Pernah masa aku manja – manja nak mintak mak suap aku, mak h4ntuk kepala aku atas pinggan kaca warna kuning (pinggan orang dulu-dulu tu). Ya Allah nasib tak pecah kalau tak berparut dah kepala aku.
Mak aku kata tak guna, aku dah tolong masak kau mintak macam-macam lagi baik mampos. Bini aku sampai menangis kat sebelah tanya kenapa aku jadi macam tu, dia masak tak sedap ke atau aku tak suka lauk dia masak..
Aku tak tercakap, sebab aku rasa s4kit sangat – sangat bila teringat mak buat macam tu. Kaki palsu ayah? Ayah hilang kaki sebab terlibas mesin rumput. Mula – mula dia infection luka tu dah teruk sangat – sangat kuman merebak.
Masa tu kitorang tak mampu nak tanggung kos perubatan mahal – mahal semua. Akhirnya, ayah hilang kaki (bukan semualah). Aku takkan lupa macam mana ayah berkorban untuk aku sampailah aku masuk u pun ayah masih nak bagi duit dekat aku.
Aku tau ayah tak dapat banyak duit tapi sebab dia tahu aku takda mak. Ayah pernah je belasah aku teruk – teruk sebab aku ponteng sekolah konon – konon nak memberontak jadi budak buat masalah sebab masalah keluarga.
Balik tu ayah belasah aku bebirat belakang. Tapi malam tu aku terjaga dalam pukul berapa pagi, ayah datang bilik aku. Aku boleh dengar lagi dia sedu – sedu menangis sapu ubat untuk aku. Lama dengan aku sekali mengalir air mata sebab rasa dosanya aku dekat bapak aku.
Aku menyesal sangat. Harini, Nilah hasil dia.. lepas setahun kerja, aku kumpul duit untuk ayah buat kaki palsu. Aku nak ayah senang jalan-jalan cari makan, lagipun hobi ayah mesen rumput. Tak ade rumput pun dia still akan on mesin tu biar berbunyi.
Hahahaha ayah, ayah. Macam mana aku boleh terinspirasi nak tulis benda ni, sebab aku cucikan kaki palsu ayah. Sambil lap sambil menangis teringat jasa ayah untuk aku selama ni. Untuk pengetahuan pembaca, Ayah dah empat hari dalam wad, semput mungkin sebab dah terlalu tua.
Keuzuran dia buat aku takut hilang ayah. Aku ambik turn jaga ayah dengan wife, isteri memang banyak main peranan dalam urusan jaga ayah. Aku ada benda nak pesan sesama kita :
1. Jadilah anak yang baik. Kadang-kadang parents kita, pasangan kita tak mampu provide kesenangan harta yang banyak dekat keluarga dia but kita kena selalu ingat effort dia.
2. Jangan biadap dengan orang tua especially ayah mak kita (dalam kes ni ayah akulah, aku sayang ayah).
3. Doakan aku, untuk maafkan mak aku, terima dia. Terima kasih semua. Sekian.