Zaman sekarang macam-macam cara yang digunakan scammer untuk memperdayakan orang ramai. Walaupun ramai yang sudah terjerat namun, masih ada juga yang terpedaya dengan helah scammer.
Sampai ada yang hilang duit simpanan dek kerana percaya pada si scammer. Ikuti kisah ini dan jadikan iktibar.
Saat aku menulis ni, aku sedang terpandangkan wajah suami aku dan si kecil kami. Masing-masing lena diulit mimpi. Terutama si kecil yang tak memahami apa-apa. Aku lihat suami aku. Aku hanya mampu memandang ditemani pipi yang basah dengan air mata.
Pengakhiran 2022 yang tak manis untuk rumahtangga kami. Diuji dengan ujian yang sekelip mata menggoyangkan kewarasan suami aku. Aku menjadi saksi mata, betapa sedih dan hancurnya hati dia dengan ujian kali ini.
Allah memilih dia untuk ujian yang bagi kami agak dahsyat sepanjang perkahwinan kami ini. Semua bermula pada Jumaat lepas. Waktu rehat. Masa tu aku di pejabat. Menghabiskan saki baki waktu rehat yang lama sambil sibuk main dengan telefon pintar aku.
Tiba-tiba berderu notifikasi WhatsApp dari suami. Aku buka. Tak lama lepas aku baca. Aku terima satu panggiIan telefon dari dia. Aku angkat. Aku dengar esakan tangisnya. Aku mula jadi tak tentu hala. Esak tangisnya itu membuatkan aku tak faham butir bicaranya.
Berkali-kali aku tanya apa puncanya. Tidak mampu bercakap dengan lebih lagi, dia mematikan panggiIan telefon. Kemudian disambung semula ke aplikasi WhatsApp. Aku buka notifikasi dari dia. “Abang kena scam. Sayang tolong balik sekarang.”
Aku terkedu. Aku bertanya jumlahnya. Hanya sepatah baIasannya, “8k”. Aku beristigfar. Semua barang aku, aku kemaskan. Aku mohon cuti separuh hari tanpa kelulusan pegawai aku terlebih dahulu. Sebab biasanya dia luluskan dulu baru aku tinggalkan pejabat.
Tapi ini pertama kalinya aku buat macam ni. Aku keluar dari pejabat kelam kabut. Aku terus ke parkir motorsikal. Aku hidupkan enjin motorsikal aku. Aku terus memecut pergi. Niat aku, aku nak cepat sampai ke rumah.
Sepanjang perjalanan, fikiran aku kosong. Aku tak berhenti berfikir. “Macam mana boleh kena scam?”.. “Dari mana datangnya 8k”.. “Kenapa aku taktau apa yang suami aku dah terlibat?” dan macam-macam lagi kenapa.
Aku sampai ke rumah. Aku buka pintu. Aku tengok suami aku terduduk menghadap dinding. Tak semena-mena air mata aku jatuh dengan sendirinya. Aku menghampiri dia. Aku tengok di tangannya ada gambar perkahwinan kami. Beserta sehelai baju anak kami.
Aku pandang muka dia. Tangisannya tak henti. Berterusan sampai lenjun baju anak kami. Masa ni anak kami di rumah pengasuh dan dia sepatutnya kerja di ‘site’ je. “Sayang.. abang bodoh. Abang bodoh sayang. Apa abang buat ni? Abang bodoh”
Abang bodoh. Hanya itu yang diungkapkannya. “Abang buat semua ni demi sayang dengan anak kita. Tapi abang tak sangka jadi macam ni. Abang bodoh. Ya Allah” Tangisan dia bergema seisi rumah. Aku terkedu. Aku hanya mampu berdiam sambil ditemani air mata.
Kemudian aku tanyakan pada dia kenapa rahsiakan perkara ni daripada aku? Mana dia dapat duit sebanyak 8k tanpa pengetahuan aku? Kenapa ke tepikan aku? Kenapa mula-mula join tak bagitahu aku? Bertalu-talu lagi soalan dari seorang isteri yang kesal dengan perbuatan suaminya.
Dia ceritakan semuanya baru jadi dalam pukuI 11 macam tu. Katanya dia tengok ada link jawatan kosong part time jual barang shopee dan dapat komisen daripada setiap jualan. Mula-mula dia kena bayar RM50 dan buat satu transaksi bayaran ke Shopee.
Dan dia dapat komisen RM55. Kemudian task kedua juga sama. Dia dapat pula komisen RM140. Di task ketigalah punca pertama dia discam. Dia diminta transfer sebanyak RM4.2k untuk task itu. Dia transfer kerana ‘percaya’ kesan daripada task 1 dan task 2.
Setelah transfer sebanyak RM4.2k, scammer durjana tu suruh transfer another RM4.2k kalau nak dapatkan semula RM4.2k yang pertama. Masa ni suami aku cakap dia sangat-sangat tersepit. Dia nakkan semula RM4.2k yang pertama tadi.
Demi mendapatkannya semula, dia mula meminjam kepada kawan-kawan. Dengan harapan dapat semula duit tu. Maka dia transfer another RM4.2k. Tapi, scammer durjana suruh transfer RM4.2k lagi, maka suami aku stop dan seperti tersedar. Dari sini bermula cerita yang awal di atas.
Aku terdiam dengar cerita dia. Aku katakan pada dia yang benda ni memang scam. Aku dah tahu dari dulu. Kenapa mula-mula WhatsApp dengan orang tu tak bagitahu aku? Aku pun ikut emosi. Padahal sepatutnya aku menenangkan dia. Tapi aku sendiri tak mampu.
Maka siang hari itu berlalu dengan kami menjual semula barangan emas yang dia ada. Untuk membayar balik hutang-hutang kepada kawan-kawannya. Balik dari selesai jualan semula emas dan selepas ambil anak pada pengasuh, dia minta berehat. Aku biarkan.
Aku nampak keadaan dia sangat kusut. Katanya kepalanya pening. Rupanya sebelum aku sampai ke rumah tadi, dia dah nyaris hilang pertimbangan. Dia hentakkan kepalanya ke dinding. Allahu akbar suamiku.. Malam berlalu sepi. Tiada riang tawa dari dia.
Bahkan dari kami berdua. Masing-masing senyap. Cuba menerima takdir yang ditentukan. Cuma sesekali kami cuba happy depan baby kami. Sehinggalah aku tertidur dengan anak kami di ruang tamu. Aku terjaga lebih kurang pukuI 1 pagi.
Aku toleh ke sebeIah yang ada cuma anak kami. Aku mencari suami aku. Rupanya sedang solat di dalam bilik tidur kami. Aku tunggu dia selesai solat. Aku pandang muka dia. Begitu juga dia. Akhirnya kami menangis lagi. Aku minta maaf kepadanya berkenaan siang tadi yang mana sepatutnya aku menenangkan dia.
Tapi aku malah menekan-nekan pundak emosinya. Dia diam. Katanya dia memaafkan aku. Dia faham keadaan aku. Dan katanya dia dah redha dengan apa yang jadi. Dia anggap ini teguran Allah untuknya. Asalkan anak dan isterinya selamat, itu dah cukup bagi dia.
Dia anggap ini adalah pengajaran dan pelajaran terbesar dalam hidupnya. Takkan dia ulangi lagi. Allahu suamiku. Betapa tabahnya hatimu. Aku tatap muka dia dalam-dalam. Aku tepuk bahunya untuk aku tiupkan semangat kepadanya.
Keesokkannya, aku berlagak seperti biasa. Aku cuba untuk bergembira dan menggembirakan hatinya. Aku masakkan makanan kesukaannya. Tapi hakikatnya, di balik pandangannya, aku menangis sendirian. Aku menangis dalam solat aku.
Aku tadahkan tanganku semoga Allah murahkan rezekinya dan bukakan pintu rezeki lain untuknya. Tiap kali aku tengok dia atas sejadah dengan wajah sugul tu, aku tak mampu tahan airmata aku. Pasti akan jatuh. Tiap kali aku tengok muka. Terbayang jumlah RM8k tu.
Jumlah yang susah payah dia simpan dan dijadikan simpanan emas. Namun terpaksa dileburkan demi perkara yang sia-sia. Wahai pembaca, cerita ini bukan rekaan. Scam itu nyata dan ada. Rezeki pun nyata dan ada. Andai tertulis bukan rezeki kita, buat cara macam mana pun takkan jadi rezeki kita.
Aku mohon yang membaca banyakkan berhati-hati dengan segala jenis penipuan yang ada sekarang. Dan aku mohon, tolong doakan semoga suamiku bahagia semula. Aku rindu gelak tawanya. Aku rindu bergurau senda dengannya.
Walau aku tahu dia sebenarnya dah semakin okay. Doakan semoga Allah membukakan pintu rezeki yang lebih luas untuknya dan semoga ada yang lebih terbaik untuknya dan kami. Aku rindukan dia yang dulu. Moga Allah kirimkan kekuatan hati dan perasaan untuknya menjalani ujian ini dengan redha.
Aku mohon doa kalian sekali lagi untuknya. Terima kasih aku ucapkan kepada yang mendoakan. Maafkan aku andai penulisan aku tidak difahami, aku menulis dengan emosi. Sampai berjumpa lagi. – Nico Robin (Bukan nama sebenar)
Baca juga: “Suami aku jenis cepat perasan, semua perempuan yang dia jumpa dia cakap nak ngorat dia padahal…”