“Aku tertidur masa anak demam, esoknya aku kejut badan anak dah kaku sejuk. Terus aku meraung..”

Anak merupakan permata hati bagi ibu bapa dan juga anugerah yang tidak ternilai hartanya.

Kerana itu ramai ibu bapa yang sanggup berhabisan wang untuk anak dan juga menunaikan tanggungjawab kepada anak mereka disebabkan perasaan sayang yang terlalu meninggi.

Namun, wanita ini yang telah berkorban segalanya telah kehilangan anak disayangi kerana demam yang tidak kebah dan menyesalinya hingga kini.

Kerja kilang 12 jam memang memenatkan aku. 6 pagi keluar, hampir 8 malam baru balik. Athirah anak perempuan sulung aku umur 10 tahun. Dia la yang banyak membantu aku uruskan rumah dan jaga adik dia lagi 2 orang.

Hidup sebagai ibu tunggal bukan lah mudah.. Aku la ayah aku la ibu sebab bekas suami aku dah ceraikan aku kerana perempuan lain. Aku pun tak rela hidup dengan lelaki panas baran walaupun dia berjawatan tinggi kerajaan.

Pantang tak kena sikit, sep4k ter4jang habuan kami anak beranak. Anak – anak yang takut dengan baran bapak lebih selesa hidup dengan aku. Apatah lagi dia pun tak nak terima anak – anak dia kerana isteri baru tak suka.

Sejak kahwin baru, tak pernah dia tanya khabar anak. Jauh sekali menjenguk anak. Nafkah anak – anak pun memang tak pernah merasa dan aku pun tak harap. Memang dari dulu pun dia abaikan nafkah. Aku bukan belajar tinggi macam dia untuk f1ght kat mahkamah.

Dia lepaskan aku pun dah syukur rahmat dah. Aku dah hidup tenang lepas dia takde. Bila dia kata dia nak kahwin lain, aku sangat happy. Bagaikan seorang h4mba dapat kemerdekaan aku rasa bila dia ceraikan aku. Ramai nasihat untuk f1ght nafkah anak.

Tapi memikirkan kos masa semua tu buatkan aku malas nak menghadap dia. Tambahan aku anak yatim, bukan ada keluarga untuk sokongan. Hanya ehsan kawan – kawan dan jiran – jiran yang sentiasa support aku. Aku nekad pergi kerja untuk besarkan anak – anak dari buang masa menghadap baran dia kat mahkamah nanti.

Lagipun mana mungkin aku mampu lawan orang berpangkat tinggi macam dia. Kerja 12 jam termasuk ot lepas la dekat 2 ribu setiap bulan. Awal – awal dulu aku rasa susah, lama lama aku dah biasa. Hidup kami sederhana tapi cukup.

Yang penting kami bahagia walau anak takde bapak. Anak pun tak pernah tanya pasal ayah dia. Cuma masa untuk anak – anak amat terhad bila aku dah kerja. Aku jarang tolak ot sebab aku kena bayar sewa rumah. Yang kecik 5 tahun masih minum susu. Masih banyak kos diperlukan.

Tapi cuti 1 hari seminggu aku habiskan berseronok dengan anak – anak. Makan kfc, jalan – jalan pantai, jalan mall, beli mainan, beli baju. Apa anak – anak nak aku turutkan. Aku jarang tolak apa pun anak nak supaya mereka tak rasa kekurangan.

Anak pun dah sedia maklum, asal hari ahad ja mesti dia orang dah happy sebab tahu nak berjalan nak makan sedap. Asal dapat advance aku enjoy dengan anak. Kadang-kadang diorang plan nak apa – apa aku dah spend untuk gaji bulan depan.

Cuma ada kalanya terlewat jugak aku tunaikan permintaan diaorang. Production kilang tak menentu.. Kadang-kadang ada ot, kadang-kadang tak. Tapi aku tetap tunaikan permintaan anak bila ada wang lebih walaupun lewat sikit.

Mujur anak – anak sentiasa faham aku, mudah mendengar kata. Aku memang tak pernah pukul atau marah anak – anak. Cukup la tr4uma yang budak – budak ni dapat dari bapak diorang. Dan Athirah la yang banyak membantu aku sebenarnya jadi seorang ibu untuk adik-adik dia.

Malam aku akan masak untuk esok. Aku dah ajar dia panaskan makanan, bancuh susu adik, bancuh milo kalau diorang nak minum. Alhamdulillah dia mampu buat semua tu dengan baik. Pagi pukul 6 aku k3jut dia sebelum aku pi kerja.

Aku dah siapkan bekal semua untuk dia ke sekolah bersama adiknya Haikal 7 tahun. Mujur akak jiran sorang sudi tengok – tengokkan anak bongsu aku imran dengan bayaran 300 sebulan.. Tu pun kadang-kadang dia ambik separuh ja.

Balik sekolah, Athirah dengan Haikal mandi makan solat lepas tu pergi mengaji. Athirah sentiasa pastikan dia dan Haikal pergi mengaji. Athirah sangat bertangungjawab. Selain Athirah, Kak Su jugak banyak membantu dalam kesusahan aku. Dia banyak tolong tengok – tengokkan anak.

Kadang-kadang anak – anak demam, dia yang tolong jaga. Aku kerja kilang bukan boleh kerap cuti. Sehari 2 boleh la.. Yang selebihnya keluarga Kak Su yang tengokkan. Aku terhutang budi sangat dengan keluarga Kak Su.

Anak dia pulak selalu bantu anak aku dalam kerja – kerja sekolah. Anak – anak lepas habis mengaji, dia orang main. Pukul 6 mandi lepas tu pergi rumah Kak Su. Duduk sana buat kerja sekolah, ulang kaji sampai aku balik kerja.

Malam budak – budak makan kat rumah Kak Su. Walaupun aku kata dah masak.. Kak su pulak tak bagi aku masak dah. Dia kata biar makan sini malam. Aku tak mampu tolak. Aku bersyukur Allah hadirkan orang baik – baik.

1 hari tu lepas balik kerja, macam biasa aku suruh budak-budak kemas beg sekolah. Susun jadual. Aku akan update apa yang cikgu – cikgu update dalam group dekat anak – anak. Athirah dah macam kawan baik aku. Dia lebih matang dari usia sebenar dia.

Banyak aku kongsi dengan anak hal kerja, hal sekolah. Plan cuti nak pergi mana. Semua aku bincang dengan dia. Dia pun rajin cerita itu dan ini dengan aku. Selalu boleh nampak senyuman lebar dia setiap kali aku balik kerja sambil berlari peluk aku. Dia lagi manja berbanding anak bongsu aku Imran.

Tapi hari tu Athirah tak banyak cakap. Dia sibuk menulis sesuatu. Aku pergi tengok yang kecik. Main – main sekejap dengan anak – anak. Biar letih macam mana pun.. Balik – balik aku akan main dengan anak – anak. Permainan kami game ular, jutaria, lidi color atau main kad tu.

Apa – apa mainan anak beli, kami main sama – sama. Tapi hari tu Athirah tak join. Aku panggil pun dia kata kejap. Lepas tu dah 10 malam. Aku suruh budak-budak tidur sebab esok sekolah. Athirah tak nak tidur. Masih menulis sesuatu.

Aku tanya kerja sekolah belum siap ke kakak. Dia kata dah siap. Ni kakak tulis lain. Aku biarkan la dia. Aku pergi dapur masak untuk bekal esok. Kemas dapur, sapu mop. Lepas tu iron baju sekolah budak – budak ni untuk esok.

Tiba-tiba terpandang baju sebakul belum dilipat. Letihnya rasa. Tapi aku pergi mandi dulu segarkan badan sebelum sambung kerja. Aku sempat kerling ke Athirah. Dia masih kat meja study dia.. Aku sempat tanya tak nak tidur lagi ke kakak. Dia kata kejap lagi ibu.

Lepas mandi aku sambung lipat baju. Tak sedar jam hampir pukul 12. Memang kebiasan waktu aku tidur 12 lebih kadang-kadang hampir 1 pagi. Berg4ntung pada kerja yang ada. Tiba-tiba Athirah peluk aku dari belakang. Lepas tu dia cium pipi aku. Dia cakap, ‘Happy Birthday Ibu’ Terk3jut aku. Tak tau nak respon apa. Aku sendiri pun tak ingat birthday aku.. Lepas tu dia

bagi kad. Rupanya yang dia sibuk – sibuk tulis tu tengah buat kad birthday aku. Sanggup dia tunggu pukul 12 semata – mata nak wish birthday aku. Sumpah aku terharu sangat.

Dia tulis, Selamat Hari Lahir Ibu. Kakak sayang ibu. Kakak doakan kita masuk syurga sama – sama. Lepas tu ada lukisan kami 4 beranak sambil berpegang tangan 1 sama lain dan ada kek bulat 1. Cantik sangat tulisan dan lukisan tu.

Aku peluk dia. Aku cakap terima kasih sayang. Cantik sangat kad ni. Ibu suka.. Tiba – tiba dia bagi kek apollo coklat tu. Dia cakap kakak tak cukup duit nak beli kek besar. Kakak beli ni ja. Aku cakap ni pun ibu suka dah sayang terima kasih.

Dia buka plastik kek tu suap aku, aku suap dia. Kami sama – sama suap kek tu sampai habis. Lepas tu dia cakap. Ibu nanti cuti sekolah boleh tak kita pergi legoland. Sebelum ni dia pernah cakap nak pergi situ. Tapi aku tak cukup duit. Aku cakap nanti ibu bawak bila dah cukup duit.

Tapi kali ni bila dia tanya lagi, aku kata boleh sayang. Ibu ada main kutu 3 ribu tau. Nanti dapat duit tu kita pergi ok. Dia terus ceria. Dia peluk aku cakap terima kasih ibu.. Memang aku nekad nak bawak anak – anak main kat situ bila dapat duit kutu.

Aku plan nak tidur sana 1 atau 2 malam. Anak – anak tak pernah merasa tidur hotel. Lagipun ada kawan kilang nak pergi situ jugak. Boleh la kongsi transport. Aku ralit bercerita dengan Athirah plan kami ke legoland tu. Dia seronok mendengar siap berkira – kira nanti nak pakai baju apa.

Sedar tak sedar dekat 1.40 pagi dah kami bersembang.. Aku ajak Athirah tidur. Esok dia nak sekolah. Aku pun nak kerja. Itu la pertama dan terakhir aku bersembang dengan Athirah hampir 2 pagi. Malam tu Athirah tidur peluk aku. Dia nampak sangat happy. Aku pun happy.

Sebagai ibu aku memang impikan yang terbaik untuk semua anak – anak aku. 5 hari lepas tu Athirah meninggal sebab demam panas. Pagi masa nak pergi sekolah badan dia macam panas. Aku kata kalau demam tak payah pergi sekolah la.

Tapi dia degil nak pergi jugak. Lagipun dia kata tak rasa macam nak demam sangat. Mungkin baru nak mula demam. Aku siapkan semua ubat dia dan maklum dekat Kak Su. Kejap – kejap aku akan call Kak Su tanya pasal Athirah.

Kak Su kata dia ok. Lepas makan ubat dah tak demam.. Elok ja dia main. Malam aku balik tu dia tengah tido kat sofa rumah Kak Su. First time dia tidur tanpa sambut aku dengan pelukan. Kak Su suruh aku biar dia tido sebab dia nampak letih ja.

Tapi entah macam mana dia terjaga, dia terus ajak aku balik. Balik rumah, tiba – tiba dia mintak aku bubur ikan bilis. Menu last dia mintak. Aku buatkan la. Lepas tu suap kat dia. Imran pulak hari tu meragam ja.. Ada ja benda tak kena.

Aku fikir mungkin dia pun nak demam kot, asyik nak perhatian. Kalut layan Imran aku tengok Athirah dah tidur. Aku tidurkan Imran lepas tu sambung buat kerja rumah. Kejap kejap aku pergi cek anak – anak. Masa tu baru perasan badan Athirah m4kin panas.

Aku rasa nak kena bawak ke klinik. Tapi aku takde kend3raan. Aku pergi kerja dengan van kilang. Kalau kami pergi berjalan-jalan, kami akan naik bas. Kalau kec3masan macam ni, kami akan call Uncle Ravi. Dia jiran aku jugak. Pencen bomba dan sekarang bawak teksi.

Tapi hari tu Uncle Ravi takde. Dia pergi rumah anak dia. Lusa baru balik. Aku berbelah bagi nak bawak pi esok ke atau malam ni jugak. Aku k3jut Athirah suruh makan ubat dulu. Dia macam mengantuk sangat, makan pun sambil pejam mata.

Sambil – sambil tu aku lap badan Athirah dengan tuala basah. Aku tampal cool fever kat dahi dia. Lepas tu aku terp4ksa call Kak Su nak mintak bawak ke klinik. Sebab aku m4kin risau badan dia tak kebah panas. Suami Kak Su kebetulan kerja pagi. Kalau dia kerja malam memang takde kereta.

Suami dia terus bawak kereta datang rumah. Kami pi klinik berdekatan ja. Sebab aku dah bagi ubat tadi, doktor suruh bagi ubat lepas 4 jam pulak. Athirah masa tu asyik tidur ja.. Tapi doktor cakap takde apa la.. Biasa la budak dia lemah. Suhu pun tak tinggi sangat dah. Tak perlu risau doktor kata. Aku pun fikir demam biasa ja.

Malam tu aku tak tidur sangat, sebab nak bagi ubat 3 pagi nanti. Pukul 3 aku bangunkan dia nak bagi ubat, dia macam lemah. Tapi dia makan jugak. Lepas tu terus dia tidur.

Badan dia masa tu macam tak panas sangat dah.

Entah macam mana, aku pun tertidur jugak. Aku biasa 4.30 pagi dah bangun nak pergi kerja. Hari tu dekat 5 pagi baru aku tersedar. Alarm pun aku tak dengar mungkin sebab penat sangat. Sebabkan dah terlewat aku terus pergi mandi siapkan apa yang patut tanpa tengok anak. Aku fikir dia tidur.

Masa tu aku ada terfikir tak nak pergi kerja hari ni. Nak jaga anak.. So aku mesej supervisor aku maklum aku tak datang kerja. Lepas solat subuh, aku pergi k3jut Haikal. Siapkan dia untuk sekolah. Dekat pukul 7 baru aku pergi tengok Athirah.. Sebab dia kena makan ubat pukul 7 pulak.

Masa tu aku sentuh badan dia sejuk. Aku k3jut – k3jut tak bangun dah. Aku dah panik. Menjerit – jerit aku panggil anak aku. Tak de sahutan atau pergerakan. Aku tak sedar aku menangis – nangis. Masa tu Kak Su pun dah datang rumah. –

Sebab kebiasaan, pukul 7 lebih Kak Su akan datang untuk ambil Imran. Imran biasa 8 macam tu baru bangun. Kak Su terk3jut tengok aku tak pergi kerja. Dan lagi terk3jut tengok aku menangis. Aku meraung bagitau Kak Su Athirah tak nak bangun.

Kak Su call suami dia suruh patah balik dari kerja.. Lepas tu call ambulance. Aku memang menangis ja masa tu tak tahu nak buat apa dah. Tak sedar masa mana, tiba – tiba jiran dah kerumun. Agaknya 1 kampung dengar aku meraung kot.

Sorang jiran aku datang cek dia kata Athirah dah takde. Lagi kuat aku meraung. Ambulance sampai lepas 15 ke 20 minit masa tu. Pegawai perubatan sahkan dia dah meninggal. Aku memang terkaku tak tahu nak buat apa. Rasa macam semalam kami bersembang pasal nak cuti ke legoland.

Kenapa Allah uji macam ni.. Satu-satunya anak perempuan yang aku ada Allah dah ambik. Tapi kebanyakan persoalan dari ujian kita tak pernah ada jawapan pun. Pegawai perubatan tu maklum ke polis untuk bawak dia untuk post mortem.

Aku masa tu kata tak payah la bedah – bedah ni. Siksa anak aku. Tapi procedure katanya. Aku terp4ksa akur la. Lepas postmortem, doktor kata dia meninggal sebab demam. Kak Su suruh call ayah dia maklum. Aku call, ayah dia tanya, ‘ko nak apa’ dengan suara baran dia.

Aku maklum anak dah takde.. Dia macam terk3jut. Dia tanya macam mana jadi. Aku bagitau sebab demam. Aku nak dia datang la urus anak dia buat kali terakhir. Walaupun masa anak ada dia langsung tak peduli anak – anak, tapi ni anak dah takde kot.

Tapi tak sangka alasan dia, dia outstation tak dapat datang. Dia mintak aku urus ja la. Dia kata kalau nak duit bagitau la nanti dia bank in. Aku memang tak harap apa pun dari dia. Tapi jawapan tu sangat menghampakan aku.

Bukan aku hingin sangat nak tengok muka dia, atau duit dia. Aku call dia pun demi anak ja.. Tapi macam tu ja dia layan arw4h anak aku kan. Aku m4kin benci dia. Sebab ni kot Allah ambik Athirah. Sebab tak nak orang macam ni jadi wali anak aku kalau nak kahwin nanti.

Haikal pun entah sapa bawak dia dari sekolah tak tahu la.. Keluarga Kak Su yang banyak bantu aku. Sejak Athirah tingalkan aku. Hari – hari aku tengok birthday kad dia. Aku menyesal pun ada sebab rasa tak banyak masa dengan anak – anak.

Aku tak sempat tunaikan hasrat dia nak pergi legoland. Banyak lagi impian dia aku gagal tunaikan. Maafkan ibu sayang. Hari ni aku bawak budak – budak ni ke kedai, Imran mintak kek apollo. Aku menangis masa tu jugak.. Sungguh aku masih tak kuat. Budak – budak hanya perhati aku menangis.

Aku cuba untuk jadi macam biasa, tapi aku tak mampu. Aku cuba nak main dengan anak macam selalu. Tapi ketiadaan Athirah masih terasa. Last – last aku tinggalkan budak – budak ni main berdua ja. Budak – budak pun cakap, kakak takde dah tak bestkan ibu.

Aku hanya mampu menangis ja. Tak tahu nak pujuk dorang ni macam mana bila hati aku pun tak terpujuk. Kadang-kadang aku tersasul panggil kakak tolong ni, tolong itu. Haikal kadang-kadang tegur kakak kan dah takde.

Adik – adik dia pun memang dah rasa kekurangan tu. Imran tanya kakak tak buat susu dah. Allah.. M4kin terasa sunyi hidup ni. M4kin terasa suram sejak Athirah tak de. Aku kena kuat demi 2 orang anak aku lagi. Aku kena kerja untuk masa depan diorang. Tapi aku selalu rasa gagal.

Haikal dan Imran seolah-olah faham, ibu m4kin hilang semangat. Tapi aku tetap cuba kuat demi dua orang anak aku lagi. Buat anak aku Athirah, maafkan ibu atas semua kekurangan ibu. Athirah baik sangat sebab tu Allah sayang. Kakak tunggu ibu kat sana tau.. – Ibu (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Kuala Lumpur No 6 paling banyak dikunjungi di dunia, kalahkan New York & Seoul