Pelakon Mawar Rashid telah mengumumkan bahawa dirinya kini tidak lagi berhijab. Mawar memuatnaik posting tentang dirinya yang sudah tidak lagi memakai tudung menutup aurat.
Pelakon berumur 28 tahun ini kemudian mengakui dirinya bagai sudah tewas, dan telah pun gagal dalam meneruskan istiqamahnya bertudung.
“Saya dah pun mencuba, namun ianya dah gagal. Saya mohon maaf.” Itulah yang ditulis oleh Mawar Rashid di ruangan captionnya.
Di posting berkenaan, Mawar dilihat tidak membuka komen kepada orang ramai.
Tak lama kemudian, isteri kepada Raf Yaacob ini ada muatnaik satu lagi hantaran kali ini menerusi Ig story pula.
Mawar Rashid telah mengucapkan selamat tinggal dan hanya akan kembali jika sudah bersedia.
“Selamat tinggal dunia. Mungkin saya akan kembali lagi apabila tahap mental saya ini dah bersedia. Saya selalu saja sayangkan kalian semua.”
Pelakon berasal dari Kelantan ini mula memakai hijab pada tahun 2020. Suaminya, Raf Yaakob yang juga adik kepada Datuk Fazley Yaakob antara individu paling happy dengan keputusan untuk memakai tudung pada tahun 2020 itu.
Sehingga kini, tiada lagi sebarang kenyataan dari Raf Yaakob tentang keputusan isterinya itu untuk kembali free hair dan dikurniakan dikurniakan tiga orang anak.
Apapun, kita doakan yang terbaik saja buat Mawar Rashid, semoga ada pengakhiran yang baik buatnya, amin.