Abang Ali semboyan meninggal dunia.Menerima satu perkhabaran sedih dari saudara yusuf azmi yang merupakan aktivis Semboyan
Menurut beliau salah seorang Aktivis semboyan Malaysia yang selalu bersama beliau telah mengadap ilahi pagi tadi iaitu saudara ali bin salimin.
Yusuf Azmi mohon doa saudara-saudari semua bermurah hati sedekahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarhamah Ali bin Salimin.
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, Sejahtera Dan maafkanlah dia…”
Al-fatihah
Kembalinya seorang insan yang terkenal dengan sikap ramah, bertanggungjawab, mesra, penyayang dan baik hati kini kepada penciptaNya.
Semoga arwah tenang bersemadi dan ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah SWT.. Amin ya rabbal a’lamin
Menurut Yusuf, beliau kini dalam perjalanan ke Hospital Muar, Johor untuk menuntut dan memandikan jenazah Allahyarham dan memohon orang ramai mendoakan Allahyarham.
“Saya mohon semua tolong bacakan Al-Quran untuk abang saya. Beliau orang yang baik, sentiasa ada dengan saya dan telah banyak membantu keluarga saya. Jatuh dan bangun bersama, sentiasa duduk dengan saya.
Ketika saya susah, beliaulah antara orang yang ada dengan saya ketika saya jatuh,” kata Yusuf dalam sesi live sebentar tadi.