Alamak! Hantu pun sibuk sama nak bergambar dengan pempengaruh, pensyarah tampil beri penjelasan

Heboh di media sosial apabila seorang pesohor YouTube dikenali sebagai Annday merakamkan swafoto secara tidak sengaja bersama hantu perempuan ketika bercuti di Hong Kong.

Foto itu tular di internet dengan kapsyen gambar tertera bahawa wanita disamping Annday mungkin hantu.

Lapor Agensi memetik portal berita Khaosod, semasa Annday merakam swafoto itu, tiada seorang wanita pun di sebelahnya.

Namun, Annday terkejut kerana terdapat seorang wanita memakai baju merah gelap di belakangnya apabila melihat gambar yang dirakamkan.

Seorang pensyarah di Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Chulalongkorn membantu menjelaskan bahawa foto itu merupakan penemuan saintifik dan bukannya satu perkara ghaib.

“Anda hanya perlu kepada cahaya untuk menjadi lebih terang. Hantu jadi manusia, haha,” kata Profesor Madya Dr. Jessada Denduangboripant yang kerap menerbitkan mesej yang menerangkan pelbagai kepercayaan.

Menurutnya, dalam temu bual dengan portal berita Matichon Online bahawa wanita berbaju merah dalam gambar tersebut adalah manusia daripada awal lagi.

Apabila lampu dilaraskan dan imej dibesarkan, ia dapat dilihat dengan jelas bahawa ia adalah seorang manusia dan bukannya hantu.

BACA JUGA Siap hidang air sirap untuk murid merentas desa, pujian mencurah tapi ada pula buat ‘teori konspirasi’