Tular rakaman rupa dekorasi Raya yang memang ‘alamak’ lantaran tidak kena dengan imej gedung beli-belah di kawasan T20.
Rata-rata netizen seolah-olah tercuit dan terimbas memori lalu termasuk kenangan berteduh bawah pondok di estet.
Ada juga berkata, rupa hiasan bertemakan Aidilfitri itu mengingatkan mereka tentang main pondok-pondok semasa kecil di kampung.
Selain itu, terdapat juga yang terhibur menyangkakan khemah untuk pengunjung tanah perkuburan.
“Dulu selalu ikut arwah abah pergi kebun. Macam inilah pondok buat rehat-rehat sambil makan bekal ibu suruh bawa. Tak sangka idea ni diterap dalam bangunan gah. Ingatkan laku dkat pokok sawit je.
“Ni pondok zaman aku main nikah kahwin dulu ni.
“Ingatkan khemah penziarah kubur tadi,” demikian antara komentar warga maya.
Tidak kurang juga yang berseloroh berkata, kemungkinan kontraktor sudah lari.
Malah, lebih ‘kejam’ apabila menyifatkan reban ayam yang dibina ayah mereka di kampung jauh lebih lawa.
BACA JUGA Menakutkan! Satu nyawa melayang setiap sejam, Aidilfitri elak terkorban di jalan raya