Seorang atlet yang sebelum ini tular kerana alat sulitnya terkena galah ketika acara lompat bergalah Olimpik Paris minggu lalu bakal mendapat RM1.169 juta.
Atlet Perancis, Anthony Ammirati ditawarkan sebanyak itu jika bersetuju melakonkan babak ‘dewasa’ bersama sebuah syarikat hiburan dewasa Amerika Syarikat.
Menurut naik presiden syarikat itu, pihaknya menawarkan sehingga AS$250,000 kepada atlet tersebut untuk menunjukkan alat sulit kepada pengikut laman webnya.
Atlet tersebut juga diminta untuk ‘beraksi’ selama 60 minit di laman web tersebut jika bersetuju dengan tawaran itu.
Sebelum ini, Anthony melalui insiden yang memalukan apabila tewas pada percubaan ketiga pada ketinggian 5.70m hingga menyaksikan alat sulitnya terkena palang lalu mengagalkan dirinya ke pusingan akhir.