Alhamdulillah masih boleh bertemu Ramadan, ini lafaz niat puasa harian dan sebulan

Alhamdulillah masih boleh bertemu Ramadan, boleh hafal dah niat puasa harian dan sebulan. Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak yang akan tiba minggu depan, mari kita ingat balik niat puasa dan info penting bagi mempersiapkan diri bagi menyambut bulan yang penuh barakah itu nanti.

Niat puasa untuk setiap malam dan untuk sebulan adalah seperti di bawah :

i) Lafaz niat puasa harian di bulan Ramadan

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى’

Lafaz niat puasa harian dalam rumi: Nawaitu Sauma Gho Din, ‘An Ada-i, Fardisy-Syahri, Romadona, Hazihissanati, Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan tahun ini, kerana Allah Ta’ala

ii) Lafaz niat puasa Ramadan (Sebulan)

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى ‘

Lafaz bacaan niat puasa sebulan dalam rumi: Nawaitu Sauma Syahri, Romadona, Kullihi, Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadan, kerana Allah Ta’ala

Ada yang tertanya wajibkah kita berniat pada setiap malam atau memadai berniat sekali sahaja pada awal Ramadan untuk berpuasa sebulan? 

Mengikut Mazhab Al Syafi’i, wajib berniat pada setiap malam. Akan tetapi, bagi orang yang selalu lupa atau takut lupa berniat, dia boleh bertaklid kepada pendapat Imam Malik (Mazhab Al-Maliki) dengan berniat berpuasa sebulan pada malam awal bulan Ramadan. Sungguhpun begitu, dalam Mazhab Syafie dia tetap wajib berniat pada tiap-tiap malam sepanjang Ramadan.

Sumber Artikel Di : https://www.infosentral.my/niat-puasa-ramadan/

Bahkan, sebelum ini, bekas Mufti Wilayah, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri turut mengeluarkan pendapat yang senada.

Pendapat Pertama: Boleh diniatkan terus sebulan berpuasa 

Berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat.

Ia seperti mana solat yang dimulakan dengan niat pada permulaan tanpa perlu memperbaharui niat pada rakaat seterusnya.

Pendapat kedua: Perlu memperbaharui niat pada setiap malam

Ini adalah pendapat jumhur berdasarkan keumuman hadith Hafsah R.Anha sebelum ini. Puasa pada setiap hari bulan Ramadan adalah ibadah yang tidak terikat antara satu sama lain (dengan hari lain-lainnya).

Kesimpulannya, pendapat kedua iaitu niat perlu diperbaharui setiap malam lebih menepati mazhab kita, mazhab Syafie dan pendapat ini juga merupakan pendapat jumhur serta disyorkan oleh mufti wilayah.

Adapun begitu, niat puasa sekaligus untuk sebulan juga dibolehkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Niat puasa untuk bulan Ramadhan boleh dilakukan untuk sebulan sekaligus jika risau  terlupa niat disebabkan tertidur awal atau terbangun lewat ketika sahur.

Puasa mendidik kita untuk ikhlas dalam beribadah. Sifat ibadah puasa yang dilaksanakan secara sendirian melatih kita untuk jujur dengan perbuatan sewaktu berpuasa. 

Semoga bulan Sya’aban kita diberkati dan kita diberi peluang untuk bersama-sama sampai ke bulan Ramadan yang mulia bagi menjalankan ibadah puasa.  

Baca juga: https://themalaysialife.com/terawih-sudah-dibenarkan-mari-buat-stok-pati-kurma-untuk-kekal-bertenaga/

COMMENTS