Kemelut antara pelawak Ali Puteh dan balu Abam Bocey dikatakan tidak berkesudahan apabila netizen mengaitkan anaknya dalam kejadian tersebut.
Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 35 tahun meluahkan bahawa perniagaannya juga menjadi sasaran kritikan oleh segelintir individu yang tanpa bukti menuduhnya hidup dengan wang anak yatim.
“Bayangkan anak saya pergi sekolah orang ejek ‘bapa kau makan harta anak yatim’.
“Saya jual sambal elok-elok, tak kacau orang dan berniaga dengan isteri pun ada kata saya pakai duit anak yatim.
“Orang tak faham sebab itu mereka bercakap. Itulah saya kata, berhenti berbicara kerana perkara tersebut salah,” katanya dalam siaran langsung TikTok.
Namun begitu, Ali bersyukur kerana diberikan isteri yang memahami dan mampu memberinya sokongan serta ketenangan semasa melalui tempoh sukar ini.
Bahkan, adik kepada Allahyarham Abam Bocey mendedahkan bahawa isterinya banyak membantu dalam menjelaskan bayaran saman kepada Hidayah.
“Saya menangis di bucu katil. Dia tenangkan saya dengan berkata ‘tidak mengapa saya ada. Kalau tak cukup duit, kita gadai barang kemas’.
Menerusi siaran langsung tersebut, Ali turut menjelaskan bahawa dia tidak dapat memenuhi tanggungjawab sebagai bapa saudara kepada anak arwah Abam, iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, kerana mematuhi keputusan mahkamah.
“Orang tanya saya, ‘anak arwah itu tanggungjawab dan anak saudara’.
“Saya dapat surat hadanah dari mahkamah, kami tidak boleh nak ambil anak itu tanpa sebab,” jelasnya.
Sebelum ini, Ali Puteh disaman oleh Hidayah dan diperintahkan membayar saman sebanyak RM60,000 kerana mengeluarkan perkataan yang mengaibkan di media sosial.
Baca juga: Kerap ‘belanja’ gambar badan, Hafreez Adam ditawarkan RM300,000 jadi ‘anak ikan’