Alif Satar terkejut ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ 3,000 orang, siap joging berkain pelikat lagi

Geng Subuh Macam Jumaat yang dicetuskan oleh Alif Satar sempat menunaikan solat Subuh berjemaah pada pagi tahun baharu.

Biasanya Aliif berjoging seorang diri tapi pada kali ini sungguh menakjubkan apabila beliau disertai seramai 3,000 orang . Wah! Hebatya Aliff Satar.

“Aku… lepas subuh lari seorang diri kali ini seramai 3,000 orang pengikut untuk joging sekali,”katanya.

Beliau juga siap tunjuk lagi pengkut-pengikutnya yang bersiap sedia untuk joging ada yang berkain pellikat dan memakai kasut hokka.

“Ini baru geng subuh siap pakai kasut hokka dan berkain pelikat

“Tengak pak imam pakai kain pelikat memang mantap,”katanya sambil berlari.

Malah beliau mengingatkan pejuang subuh semua teruskan dan ramaikan masjid 70 hari lebih lagi nak Ramadan ‘keep it up’

Penyanyi dan pelakon Alif Satar yang terbabit dalam kemalangan minggu lepas, hari ini telah pulih sepenuhnya.

@itsalifsatar

Pejuang- pejuang subuh semua, teruskan dan ramaikan masjid.. 70 hari lebih saja lagi nak ramadhan, KEEP IT UP. #GengSubuhMacamJumaat

♬ original sound – alifsatar – alifsatar

Beliau memulakan gerakkan Projek Geng Subuh Macam Jumaat sempat mengajak pengikutnya untuk menunaikan solat Subuh berjemaah pada pagi tahun baharu.

“Insya-Allah dengan cukup rehat, masih boleh jemaah subuh bersama pada 1/1/2024 di Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara,” tulisnya di Instagram

Projek Geng Subuh Macam Jumaat yang digerakkan bertujuan mengajak pengikut dalam laman sosial untuk solat subuh secara berjemaah di masjid.

Baru-baru ini, penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku itu terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari solat Jumaat ke rumah keluarganya.

Baca jugak: Dah kena cabul pada majlis pernikahan, wanita ini diminta bayar RM20,000 jika tidak video dirakam akan disebar