Sebuah akhbar menyiarkan dua pempengaruh terkenal yang terlibat dengan dakwaan menyeleweng kutipan derma kini ditahan.
Ramai yang membuat dakwaan ia adalah Alif Teega dan juga Aisyah Hijanah yang hingga kini terpalit kontroversi membabitkan duit derma.
Meskipun sudah membuat penjelasan membabitkan perkara berbangkit, namun keduanya masih lagi diserang netizen yang tidak berpuas hati dengan penjelasan terbabit.
Sebuah hantaran yang diterbitkan oleh Alif Teega kini menjadi perhatian netizen.
“Ujian yang Allah berikan pada kita bukanlah bermaksud Allah bencikan kita atau saja2 Allah nak uji kita, tapi Allah nak kita sentiasa ingt dekat dia. Bila kita gembira, happy, have fun, masa2 ni lah kita akan sedikit demi sedikit lupa pada Allah.”
Alif menyatakan segala ujian yang dihadapinya kini adalah kerana Allah mahukan dirinya lebih mengingati Maha Pencipta baik ketika gembira mahupun sedih.
Pempengaruh itu turut mengatakan kehidupan yang ingin berubah ke arah kebaikan pastinya akan diberi ujian sama seperti dirinya.
“Bila kita sentiasa diuji hati kita akan menjadi kental dah lali dengan dugaan dan latihan. Ujian ni satu latihan sebenarnya. So kena tahan sikit. Sebab apa? Kerna syurga bukan percuma.”
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma orang ramai dengan peratusan yang tinggi.
Berikutan dikecam ramai, pasangan itu tampil memberi penjelasan dengan beberapa video yang dimuat naik di laman sosial.
Baca juga: Ira Kazar buat comeback! Dipuji netizen makin cantik, keluarga pula minta doakan cepat ada ‘isi’