Alif Teega punya pasal semua isteri naik ‘meroyan’. Janna Nick pulak siap bagi pesanan ‘maut’ dekat suami

Janna Nick terkesan emosinya apabila membaca berita tentang pengakuan personaliti media sosial Alif Teega yang mengakui perkahwinan poligaminya Ahad lalu.

Janna, atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, yang berusia 28 tahun, menyatakan bahawa berita tersebut pasti akan mencetuskan perasaan dan keperitan terutamanya di kalangan wanita, terutamanya mereka yang memegang gelaran sebagai isteri.

“Masa perjalanan pulang dari Famili Duo, saya tengah tengok TikTok dan baca berita yang membuatkan saya beremosi sebagai seorang isteri.

“Semua wanita akan terasa dengan situasi sekarang, lagi-lagi perempuan yang kena tipu dengan suami… Semua akan terasa,” katanya.

Janna menyuarakan perasaannya dalam satu hantaran di akaun TikTok peribadinya.

Dalam pada itu, Janna menyatakan bahawa perasaan kurang senangnya tidak bermaksud bahawa dia ingin campur tangan dalam urusan rumah tangga orang lain.

“Apa pun itu kehidupan orang, kita tak tahu apa berlaku dan saya tidak mahu menganggu kehidupan dan perkahwinan orang lain.

“Kalau sebelum kahwin, saya tidak kisah. Selepas bergelar isteri, saya turut terkesan tapi bukan bermaksud saya nak menyibuk dalam hal rumah tangga orang,” jelasnya.

Janna juga meninggalkan pesan kepada suaminya, pelakon Dini Schatzmann, untuk bersikap jujur dan tidak melakukan perbuatan curang di belakangnya.

Janna menyatakan bahwa jika suatu hari Dini sudah tidak lagi menyayanginya, dia berharap suaminya akan berbicara terus terang dengannya daripada melakukan perbuatan yang tidak jujur.

“Sekiranya suatu hari nanti awak sudah tiada perasaan, tidak sayang saya lagi, jangan curang di belakang saya. Itu paling saya tidak boleh terima.

“Kalau berani datang menghadap saya,” katanya.

Sebelum ini, Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, membuat pengakuan dia berpoligami dan penjelasan itu dibuat bagi mengelak timbul fitnah.

Baca juga: Video Alif Teega sakat isteri baru jadi tular semula, pandai netizen korek