Aliff Aziz ‘kantoi’ 8 kali pergi rumah Ruhainies, rupanya kereta pun milik Bella-“Bila saya call mereka buat buat terkejut”

Selepas berusaha menutup aib suami, Aliff Aziz, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah akhirnya memberanikan diri untuk memberikan pendedahan demi pendedahan.

Bella mendakwa bahawa Aliff telah ke rumah Ruhainies lebih dari lapan kali dan mempunyai bukti perbualan yang ‘kurang enak’ antara mereka dalam kereta.

“Saya tak pernah kongsi, kereta yang Aliff guna adalah hadiah pemberian saya. Sebab kereta di bawah nama saya, jadi ada Sistem Pengesanan Global (GPS).

“Bukan saya pasang untuk perhatikan pergerakan Aliff, tapi saya percaya orang lain pun pasang takut kereta hilang.

“Aliff selalu tak balik rumah, tapi tak pernah saya kongsi dalam Instagram (IG). Saya mula perasan Aliff berubah selepas ‘shooting’ dengan Ruhainies.

“Rakan di lokasi juga cakap mereka merasakan Aliff dan Ruhainies ada sesuatu, tapi saya tak percaya sebab Ruhainies adalah kawan baik saya. Ada juga Ruhainies terlepas panggil Aliff ‘baby’.

“Dia adalah sahabat yang sentiasa mendengar keluhan saya, kami pernah bercuti ke Korea Selatan dan duduk sebilik.

“Jadi, pada saya itu mustahil. Sebenarnya, adik dan kakak angkat ada menyatakan perkara sama dan merasakan ada sesuatu selepas melihat IG, tapi saya cakap tidak. Jangan berikan saya fikiran negatif,” dakwanya.

Walau bagaimanapun, Bella menegaskan bahawa dia menguatkan semangatnya untuk memeriksa GPS, dan dari situ, dia menyedari bahawa Aliff sebenarnya telah menipunya berkali-kali.

“Aliff pergi ke rumah Ruhainies di Pavilion Suite lebih lapan kali. Kalau nak tuduh saya perangkap, kenapa saya tak buat pada kali ketiga mereka di sana?

“Saya rasa lebih lapan kali Aliff dijejaki berada di sana. Jadi, bila saya mencari ibu Aliff sebenarnya saya mahu menyelamatkan Aliff daripada pergi ke rumah Ruhainies.

“Sebab saya tahu siapa di belakang Ruhainies. Siapa orang yang menjaganya. Saya tak mahu orang yang menjaganya simpan dendam dan sebagainya.

“Jadi, saya selalu takut bila Aliff tak balik rumah. Bila saya sudah mula sangsi dan nampak Aliff ke Pavilion Suite, saya telefon Ruhainies. Dia buat-buat terkejut.

“Ruhainies kata tak tahu, tapi bila saya lihat lokasi Aliff, mereka bersama. Dia juga tipu saya mengatakannya tinggal di Four Season.

“Kalau dia sahabat saya, kenapa nak menipu? Saya bukan sekadar cakap, tapi ada bukti,” dakwanya.

Bella mendedahkan perkara itu semasa ditemui pada majlis berbuka puasa di K Town, Radia Gallery, di sini, semalam.

Kenyataan itu dibuat susulan netizen mendesaknya menjelaskan hubungan sebenar Bella bersama Muaz Zabir hingga ada yang melabelnya ‘curang’ di belakang Aliff Aziz.

Baca juga: Anak saudara ‘gigit jari’, makcik bergelar jutawan wasiat RM 25.59 juta kepada pekerja