Aliff Aziz padam semua gambar bersama Bella Astillah, sah cerai talak satu

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz telah melafazkan cerai talak satu kepada Bella Astillah pada petang Khamis.

Aliff, 33 melafazkan talak tersebut dihadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najid Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Perbalahan antara pasangan tersebut bermula apabila Aliff ditangkap basah bersama pelakon Ruhainies di rumahnya walaupun masih lagi bergelar suami kepada Bella.

Tinjauan mendapati laman sosial Instagram Aliff Aziz tiada gambar bersama Bella Astillah manakala ruangan komen pula ditutup.

“Saya Aliff Aziz menceraikan isteri saya Dayang Nabellah Awang Astillah dengan talak satu mulai hari ini,” lafaz Aliff,” katanya.

Hakim turut mempelawa kedua pasangan tersebut bersalaman buat kali terakhir, namun ditolak oleh keduanya.

Untuk rekod, Bella menfailkan permohonan cerai pada 13 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Baca juga: Doktor sahkan Mawi meninggal dunia