Usahawan Nur Sajat berterima kasih kepada Dato Aliff Shukri dan isteri kerana membantu keluaga Sajat untuk membelikan kerusi roda buat ayah sedang sakit.
Ucapan itu dizahirkan dalam Papa Laris TikTok milik Aliff Shukri yang mana pembelian kerusi roda itu membuatkan ayah Sajat happy sangat dapat kerusi roda dan tempat untuk membuang air besar.
“Ya Allah murahkan rezeki Dato dan Datin, Sajat tak tahu nak cakap macam mana rasa sebak sangat,” tulis Sajat.
Sebenarnya mereka masih berhubung antara satu sama lain seperti dahulu dan mereka hanya berkomuniasi melalui Whatsapp dan media sosial untuk bertanya khabar.
“Ini sahaja Sajat boleh bantu keluarga yang jauh di mata tapi dekat di hati bila kita berjauhan hanya silaturrahim dari perhatian sahabat,”kata Sajat.
Sajat bagaimanapun rasa sebak bila Aliff buat ‘video call’ untuk membeli kerusi roda buat ayahnya. Kelihatan ayah Sajat duduk di atas kerusi roda.
Bila orang yang kita sayang dapat buat dia tersenyum selagi dia masih hidup, buat Dato Datin terima kasih tolong Sajat.
Terdahulu Sajat menerusi live di TikTok meminta bantuan untuk membelikan kerusi roda buat ayahnya yang sakit dan tidak mampu untuk berjalan.
Bagaimanapun di dalam ruangan komen rata-rata netizen mula mencari adik Sajat, Mastika. Manakah dia bukan dia ada? Kenapa dia tak tolong?
“Dia sibuk buat live,” kata seorang netizen dan ramai netizen lain turut bersetuju.