Seorang pempengaruh yang baru-baru ini telah menimbulkan kontroversi, Aliff Teegar yang telah berkahwin satu lagi, oleh kerana itu, dia lebih hebat dari Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Di Parlimen baru-baru ini Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengutarakan pandangan apabila ramai wanita tidak berkahwin jadi Islam ada jalan keluar maka boleh poligami bagi yang mampu.
Mungkin untuk menyahut cabaran ahli Parlimen Kubang Kerian maka Aliff Teegar berkahwin lagi satu.
Terdahulu melalui TikTok @datosyed616 memberitahu Aliff merupakan seorang penulis buku motivasi dan juga berniaga tudung dibawah syarikat isterinya.
Dia baru berkahwin di Thailand tapi ramai netizen tidak puas hati denganya hinggakan sanggup meludah, walaupun pada asalnya beliau merupakan sekolah arab Tahfiz.
“Wah hebat arab Tahfiz, bagi semua ayat Quran semua boleh hafal, perempuan-perempuan solehah ini semua cair. Budak perempuan dengar…,” katanya gelak.
Hebat, beliau telah menunjukkan anak muda yang berjaya tapi baru enam tahun kahwin selok belok alam perkahwinan pun belum khatam lagi.
“Semua orang agama sembang bab al Quran ni semmua boleh, tapi mai bab poligami gagal hampa sendiri tak boleh face dengan isteri nak cakap elok-elok cara agama tak boleh.
“Apa yang anda belajar di UM Aliff anda tidak berani secara gentleman,” katanya gelak sakan.
Baca juga: Kifarah? Shila Amzah gagal ke final Famili Duo, sudah jangka perkara itu