Bulan ramadan yang kita selalu tunggu setiap tahun sudah pun menjelma, sebagaimana yang selalu kita doakan: “Ya Allah, berkatilah bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan.”
Persoalannya, sudah berapa kali kita telah melepasi bulan ramadan? Mungkin sudah lebih dari 10 tahun, tetapi masih terdapat kecenderungan untuk bermalas-malasan dalam melakukan solat dan juga sering kali hanya dilakukan pada hujung waktu sahaja.
Begitu juga dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran, apabila sudah berakhir ramadan pasti akan dilupakan begitu sahaja.
Namun, bulan ramadhan tahun ini kelihatannya amat sukar bagi keluarga yang besar kerana perlu melalui fasa permulaan anak kembali ke sekolah, bulan puasa dan juga syawal.
Ia memerlukan kewangan yang kukuh untuk kekal tenang menghadapi bulan yang penuh mulia ini.
Allah telah menjanjikan dalam Al-Quran bahawa sesiapa yang bertakwa kepada-Nya, artinya mematuhi perintah-perintah-Nya dan meninggalkan larangan-larangan-Nya, pasti Allah akan memberikan jalan keluar dari segala masalah dan memberikan rezeki dari sumber-sumber yang tidak terduga.
Ini adalah janji-Nya yang pasti akan ditepati bagi mereka yang benar-benar bertaqwa.
Apa yang membuat Ramadan begitu istimewa? Inilah beberapa keutamaannya yang patut diketahui oleh umat islam:
1. Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh harapan akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”
Maksudnya terutama dosa-dosa kecil dan sementara itu dosa-dosa besar memerlukan taubat yang khusus, dan jika terlibat dengan manusia, maka kesalahan tersebut harus dimaafkan oleh orang yang terkena, baru Allah akan mengampuni dosa tersebut.
2. Nabi SAW bersabda: “Di syurga terdapat sebuah pintu yang bernama al-Rayyan. Orang–orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu. Jika mereka telah masuk maka pintu itu akan dikunci sehingga orang–orang selain mereka tidak dapat masuk ke dalamnya.”
3. Nabi SAW bersabda: “Orang yang berpuasa satu hari ketika berjuang pada jalan Allah, wajahnya akan dijauhkan Allah dari neraka sejauh 70 kali musim luruh.”
4. Bulan ramadhan ini juga bakal muncul malam lailatulqadar yang amat dinantikan oleh umat islam seluruh dunia.
5. Allah gandakan pahala amalan pada bulan Ramadan. Nabi SAW bersabda; Setiap amalan anak Adam pasti dilipatgandakan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali kebaikan sehingga 700 kali ganda, bahkan sehingga gandaan tertentu sesuai kehendak Allah.
Selamat berpuasa bagi semua pembaca The Malaysia Life.
Baca juga: “9 beradik langsung tak jenguk ayah masa sakit jantung, aku call sorang sorang takde yang angkat”