Kecoh hari ini apabila berita mengenai seorang timbalan menteri di Kementerian Perubahan Iklim, Alam Sekitar dan Tenaga Maldives ditahan oleh pihak polis.
Menurut sumber timbalan menteri itu ditahan kerana terbabit dalam amalan ilmu hitam.
Timbalan Menteri yang bernama Fathimath Shamnaz Ali Saleem ditahan bersama dengan dua individu lain pada Ahad di ibu negara Male dan direman selama tujuh hari.
Beliau digantung daripada jawatannya bersama bekas suaminya, Adam Rameez, yang juga seorang menteri di Pejabat Presiden Mohamed Muizzu, menurut laporan di laman sesawang The Edition.
Kedua-duanya digantung tugas kerana siasatan yang sedang berjalan, menurut laporan itu yang memetik Jurucakap Presiden Heena Waleed.
Baca: Jumlah denda cecah RM358,000, ini kronologi kesalahan JDT sejak 2013