Amar Asyraf ceraikan bini kedua dengan talak tiga. Hampir tiga tahun dibiarkan ‘gantung tak bertali’, isteri kedua kepada pelakon tersebut iaitu Vivy Jeffry lega apabila pengesahan lafaz cerai talak tiga di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Menurut Harian Metro, Vivy berkata, dia bersyukur apabila pelakon itu akhirnya menyelesaikan konflik rumah tangga mereka dengan baik dan harmoni.
Dia diceraikan talak tiga pada 3 November 2019 namun proses pengesahan di mahkamah tidak dapat diselesaikan kerana dokumen yang tidak lengkap.
Terdapat juga banyak perkara yang belaku di pihak Amar hingga menyebabkan pihak mahkamah tidak memberikan keputusan rasmi penceraian mereka.
“Saya mahu hidup dengan tenang dan enggan menoleh segala hal yang berlaku antara saya dan Amar sebelum ini. Semuanya sudah berakhir hari ini. Saya lega apabila pengesahan lafaz cerai talak tiga sudah selesai dengan baik walaupun terpaksa menunggu dalam tempoh yang panjang,” katanya.
Menurut Vivy, dia tidak bersedih atau kecewa dengan apa yang berlaku, sebaliknya fokus utamanya kini adalah untuk membesarkan anak lelaki mereka, Mikhail dengan sebaik mungkin.
“Sebelum ini, Amar ada beritahu dia akan membincangkan mengenai anak pula selepas kes ini selesai tapi saya anggap itu cuma untuk menyedapkan hati saja.
“Saya berharap dia dapat berfikir apa yang baik untuk kehidupan kerana hidup kita tak lama lambat laun kita akan pergi selamanya.
“Insya-Allah sebagai ibu saya sentiasa memberikan kasih sayang kepada Mikhail. Dia sudah bersama saya sejak isu ini berlaku dan dialah tempat saya berkongsi rasa dan cinta,” katanya.
Baca Juga: 19 tahun hidup bersama, Ellie Suriaty dan Azri Iskandar bercerai
Baca Juga: Kamarul Zaman dilantik pegawai khas PMO sejak Disember tahun lalu