Amber Heard dijangka jual rumah bernilai RM4.67 juta untuk bayar saman lebih RM36 juta pada Depp

Aktres Amber Heard yang sebelum ini dilaporkan kalah dalam kes saman terhadap Johnny Depp, kini terpaksa menjual rumah kesayangannya di California untuk membayar saman tersebut.

Dilaporkan, dia mengalami masalah kewangan untuk membayar saman kepada Depp lebih-lebih lagi apabila dia dikatakan berdegil enggan menerima pampasan cerai berjumlah AS$16 juta (RM71.2 juta) dari bekas suaminya,

Dokumen yang didedahkan juga menunjukkan bintang aquaman itu tidak mengendahkan ‘garis panduan’ yang ditetapkan oleh pasukan peguamnya supaya ‘tidak terus mencari pasal dengan Depp’.

Menurut laporan, Amber boleh mendapatkan separuh daripada nilai $33 juta (RM146 juta) Johnny Depp ketika berlangsungnya sesi penggambaran keempat Pirates of the Caribbean.

Hal ini ekoran sesi penggambaran dilakukan ketika mereka masih sah bergelar suami dan isteri.

Namun, Amber Heard memilih untuk tidak berbuat demikian malah menulis e-mel kepada pihak mahkamah dengan mengatakan dia tidak berminat dengan wang tersebut.

Heard diminta membayar saman berjumlah AS$8.3 juta (RM36.9 juta) kepada Depp selepas dia didapati bersalah kerana memfitnah, namun memaklumkan kepada hakim bahawa dia tidak mempunyai yang mencukupi untuk melangsaikan hutang tersebut.

Kini, Heard dalam perancangan untuk menjual kediamannya di Lembah Yucca di California pada harga AS$1.05 juta (RM4.67 juta).

Pelakon itu dilaporkan membeli kediaman tersebut pada 2019.

Baca juga:

Tunggu ambulan lama sangat, wanita beranak dalam kereta sorong

Baca juga: KL destinasi ke-3 paling popular diminati pelancong luar negara, jangan terkejut ada lagi dua negeri tersenarai!