Sebuah istana di Dubai dianggap sebagai tempat paling menyeramkan di dunia kerana telah menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa yang menakutkan kini telah buka secara rasmi setelah dipulihkan.
Istana Al-Qasimi di bandar Ras Al Khaimah dibiarkan terbiar selama lebih tiga dekad selepas pemiliknya, Sheikh Abdulaziz bin Humaid Al Qasimi, dan keluarganya memutuskan untuk berpindah.
Dihiasi dengan lantai marmar, lampu gantung candelier, dan pelbagai karya seni, istana empat tingkat yang dilengkapi dengan 35 bilik tidur itu mengambil masa 15 tahun untuk dibina.
Selepas siap pada 1985, ia dianggarkan bernilai 500 juta AED atau £107 juta, manakala nilai itu kini mencecah £317 juta (RM1.09 bilion) berdasarkan kadar inflasi.
Khabar angin menyatakan bahawa Sheikh Abdulaziz berpindah kerana mengalami kejadian aneh, seperti perabot yang bergerak sendiri, wajah kanak-kanak yang muncul di tingkap dan dinding, serta kehilangan barang tanpa sebab yang munasabah.
Agamawan turut dipanggil untuk menghalau unsur-unsur tidak diingini dari istana tersebut. Mereka juga memutuskan untuk membuang potret yang menggambarkan wajah manusia dan haiwan setelah menyatakan bahawa hal itu dapat menarik kedatangan jin.
Pemilik baharu istana tersebut, Tareq Al Sharhan mempelawa orang ramai melawat bangunan tersebut selepas proses pemulihan yang dilakukan selama enam bulan.
Baca juga: “Pelik ayah lama tak balik rumah, rupanya naluri mak dah lama bagitahu yang ayah ada skandal lain”