Ambil masa 3-4 minit sebelum berbuka, rupanya antara waktu mustajab berdoa

Bulan ramadhan adalah waktu yang sangat dinantikan oleh umat islam.

Oleh kerana itulah, berduyun duyun umat islam melakukan ibadah di dalam bulan mulia ini seperti bersedekah dan juga memberikan makanan kepada orang yang berpuasa.

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar, beberapa minit sebelum berbuka puasa adalah antara waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

“Siapa yang ada permintaan kepada Allah, maka dia boleh banyakkan (doa) dalam bulan Ramadan. Ulang-ulang dalam bulan Ramadan, terutamanya pada waktu yang mustajab.

“Disebutkan nabi ialah sebelum berbuka. Tiga ke empat minit sebelum berbuka puasa, semua berdoa kerana Allah menjadikan umat Nabi Muhammad ni doa dia Allah tak tolak.

“Apatah lagi apabila bulan puasa, tambah lagi sebelum berbuka. Tu waktu yang mustajab. Duduk di rumah, duduk depan lauk tu pakat berdoa. Nak berdoa sendirian tak apa, nak berdoa ramai-ramai pun tak apa,” ujarnya.

Kita turut digalakkan untuk sentiasa berdoa di bulan ramadhan ini.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak.” [Riwayat Ibn Majah]

Jadi sebelum berakhirnya bulan ramadhan, marilah kita beramai-ramai memperbanyakkan amal ibadah supaya dapat dijadikan bekalan di alam sana kelak.

Baca juga: “Banyak korbankan duit gaji untuk student miskin, rupanya diorang pilih kasih nak cikgu yang cantik je”