Ambil steroid tak sama dengan hina agama, Afdlin Shauki dikritik netizen lepas guna istilah ‘swimming pool’

Ambil steroid tak sama dengan hina agama, Afdlin Shauki dikritik netizen lepas guna istilah ‘swimming pool’. Umum sedia tahu mengenai isu tular yang membabitkan wanita yang membuka baju ketika melakukan ‘open mic’ hingga membangkitkan kemarahan orang ramai.

Namun lain pula jadinya bagi pihak Dato’ Afdlin Shauki yang membangkang sekeras-kerasnya penutupan premis tersebut. Tambahnya lagi, kelab tersebut merupakan salah satu platform yang digunakan pelawak amatur untuk mempelajari melakukan komedi solo di hadapan orang ramai.

“Saya membangkang sekeras-kerasnya penutupan sementara crackhouse comedy club oleh kerana perbuatan seorang open miker yang bersalin pakaian atas pentas tempoh hari.

“Crackhouse merupakan tempat di mana banyak pelawak stendap baru mempelajari seni stendap ini. Open mike di buka kepada amatur yang ingin mencuba content mereka di khalayak ramai.”

Bukan itu sahaja, seorang pelawak solo juga perlu ‘praktis’ untuk mempersembahkan lawak solo mereka di hadapan orang ramai untuk mengetahui sama ada konten komedi mereka diterima atau tidak iaitu sama seperti yang dilakukan seorang atlet renang yang perlu berlatih sehingga dapat melakukan aksi yang terbaik.

“Untuk check content kita baik ke tak bagi standup komedi, kita kena persembahkan komedi kita di depan orang ramai baru kita tahu mana yang boleh pakai dan tak boleh pakai. Sama macam athlet yang kena praktis sampai bagus.

“Takkan kita tutup kolam renang pasal seorang peserta renang ambik steroid? Itu salah perenang bukan salah kolam renang! #stendapbukakbaju”.

Ambil steroid tak sama dengan hina agama

Bagaimanapun, pendapat pelawak dan pengarah berusia 51 tahun ini tidak dipersetujui orang ramai, dia sebaliknya mendapat kritikan hebat daripada netizen. Mereka berpendapat perumpamaan yang diberikan Dato’ Afdlin Shauki tidak bersesuaian kerana melibatkan isu keagamaan.

Penutupan kelab komedi tersebut dilihat wajar kerana tiada satu pun daripada mereka yang terlibat cuba menghentikan wanita tersebut malah ramai yang kelihatan kagum. Bila isu sudah tular, mula tunding jari kepada semua pihak.

Baca Juga: Dakwa hafal 15 Juzuk Al-Quran, Wanita tiba-tiba tanggal baju di kelab komedi

Baca Juga: Wanita ini yang mengaku hafal 15 juzuk al-Quran, berkahwin selamba dedah jumlah teman lelaki