Amboi lain macam! Wanita ini ‘apply’ cuti bekerja hanya kerana ‘tiada mood’

Seorang wanita di China baru-baru ini menjadi tajuk utama berita setelah diberikan cuti kerana ‘tiada mood’ oleh syarikatnya. Alasan yang diberikan ialah ketidakpuasan hati kerana tempatnya tidak diselimuti salji.

Dalam rakaman video tersebut, wanita itu terlihat mengisi borang permohonan cuti dan menyatakan alasan sebagai ‘tiada salji di Hangzhou dan saya berasa beremosi’.

Menurut wanita tersebut, syarikatnya sentiasa menawarkan cuti kerana ‘mood’, selain daripada cuti pada hari wanita, hari kanak-kanak, cuti rehat untuk majlis perkahwinan, dan cuti kerana kematian.

“Majikan kami menjelaskan bahawa jika pekerja tidak berpuas hati, mereka boleh meminta cuti jenis ini pada bila-bila masa tanpa menjejaskan gaji atau bonus prestasi mereka,” katanya kepada video Riverside.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat tersebut mengisytiharkan secara terbuka dalam mesej sebelum ini bahawa kakitangan mempunyai hak untuk mengatakan tidak kepada majikan mereka dan boleh terus mengambil cuti kerana ‘mood’.

“Bijak betul ‘bos’ ini. Membenarkan pekerja dalam ‘mood’ yang tidak baik untuk bekerja dengan mudah boleh membawa kepada kesilapan dan kerugian kepada syarikat,” tulis seorang netizen.

“Dengan alasan cuti ini, kini seluruh negara tahu kamu hanya mahu keluar dan berseronok,” tulis seorang lagi netizen.

“Hargai syarikat dan bos seperti itu. Dunia tidak kekurangan alasan untuk bercuti, tetapi ia tidak mempunyai bos yang memahami dan memberi kebebasan sedemikian!” tulis seorang lagi netizen.

Baca juga: Menu senang tapi ramai tak pandai masak! Ini tips mudah buat bihun goreng cantik ‘kejadiannya