Sebuah buku yang terlambat dikembalikan lebih dari satu abad akhirnya dikembalikan ke rak di sebuah perpustakaan di Amerika Syarikat (AS).
Metro UK melaporkan bahawa buku bertajuk “Famous Composers” itu dipinjam dari Perpustakaan Awam St. Paul, Minnesota, pada tahun 1919.
Menampilkan komposer ulung seperti Bach dan Mozart, buku itu ditemukan semasa seseorang sedang menyusun barang-barang.
Datuk Bandar St. Paul, Melvin Carter, bergurau dalam keterangannya di X pada Sabtu, menyatakan bahawa tidak akan ada denda yang dikenakan.
Ini disebabkan perpustakaan tersebut, seperti kebanyakan perpustakaan di AS, telah menghentikan operasi mengenakan denda untuk pemulangan lewat.
John Larson, penyelaras perpustakaan digital Perpustakaan Awam St Paul berkata, beliau tidak menyangka buku itu akan kembali ke rak.
“Ia mencapai tahap di mana ia bukan hanya sebuah buku lama, ia adalah artifak. Ia mempunyai sedikit sejarah,” katanya.
Larson menyatakan bahawa buku tersebut adalah yang tertua yang pernah dilihatnya dikembalikan sepanjang 25 tahun bekerja di perpustakaan itu.
Sebelum ini, seorang lelaki di Kanada mengembalikan sebuah buku ke perpustakaan setelah lewat lebih dari 37 tahun, dan mengakui bahwa sebenarnya dia tidak pernah membaca buku tersebut.