Amelia Henderson dan anak tiri Siti Nurhaliza bercinta di Genting Highland?

Siapa yang tidak kenal pelaon cantik dan pengacara hebat Amelia Henderson di Malaysia. Kecantikannya sentiasa disebut-sebut oleh peminatnya di Malaysia. Gadis berdarah campur itu baru-baru ini dikejutkan dengan berita perpisahan dengan bekas teman lelakinya Aedy Asyraf.

Namun lain ceritanya di Genting Highland. Baru-baru ini, tular perkongsian menantu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) iaitu Tya Ariffin ketika menghadiri konsert Datuk Siti Nurhaliza iaitu ‘Cinta Di Awan’ di Genting Highland, Pahang.

Video itu merakam reaksi anak-anaknya iaitu Ara dan Arif ketika pertama kali menonton persembahan nenek mereka, Umi Iti. Terlopong mulut dibuatnya!

Dua beradik itu juga terhibur melihat gelagat Aafiyah dan Afwa yang berada di pentas bersama Umi Iti.

Di ruangan komen, mata netizen lebih tertumpu kepada Amelia yang berada di sebelah anak bongsu Datuk K iaitu Aazief.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja jika kedua-dua individu itu sedang mengenali hati budi masing-masing kerana mereka sesuai bersama.

datuk k
amelia
amelia henderson

Lagi menguatkan sangkaan mereka apabila Tya membalas komen salah seorang pengikut dengan emoji berbentuk hati.

Baca: Suami sengaja biar mayat isteri atas katil selama seminggu