Kontroversi yang melanda sebuah pasangan di Indonesia ini makin berlarutan apabila ibu kepada lelaki 16 tahun itu mencadangkan anaknya bercerai.
Ibunya mendakwa anaknya belum cukup umur untuk berkahwin walaupun sudah dua tahun bekerja.
Untuk makluman, ibunya adalah kenalan baik kepada wanita 41 tahun yang bernama Mariana itu.
Mariana berkahwin dengan remaja lelaki itu pada 30 Julai lalu di Sambas, Kalimantan Barat dan perkahwinan mereka mencetuskan kontroversi di Indonesia.
Berikutan terlalu banyak kritikan, Mariana mengakui suaminya belum cukup umur untuk berkahwin.
“Sah secara agama, belum (lagi di) negara (ini),” kata Mariana.
“Tunggu umur 19 tahun, baru resmi (rasmi),” katanya. – Agensi