“Anak 2 orang sakit masuk wad, siang malam aku sorang je yang jaga tapi suami asyik call jerit-jerit…”

Salam, admin boleh hide profile saya tak? Saya nak minta pandangan dari pembaca, saya tak boleh nak buat keputusan sendiri dalam keadaan yang macam ni. Saya  dah 11 tahun kahwin, mempunyai 3 orang anak.

Alhamdulillah, anak saya istimewa semuanya, anak syurga. 4 tahun lepas saya pernah hampir berpisah sebab suami naik tangan dekat saya tapi saya pilih untuk ikut dia balik dan beri dia peluang. Kami teruskan hidup macam biasa tapi sayangnya suami tetap tak berubah.

Dia tetap suka nak marah saya walaupun dalam hal remeh, sehingga bergaduh jadi masalah besar. Saya tidur dalam bilik dengan anak-anak sebab anak saya yang kecil sekali memang waktu malam berjaga, siang dia tidur.

Yang 2 orang masih tidur buai. Dengan keadaan bilik yang sempit, dia acapkali herdik saya kata saya tak tahu agama sebab tak tidur dengan dia. Dah berapa kali dia cabar saya naik pejabat agama mengadu hal ni tapi saya diam ja sampailah 10 Disember lepas anak sulung saya masuk hospitaI sebab jangkitan kuman dekat paru-paru.

Dia marah saya, katanya buat apa hantar hospitaI setakat demam sikit, patutnya biarkan dekat rumah dulu 2 ke 3 hari. Anak saya tu GDD, budak hyper sampai dah 4 hari langsung tak makan tak minum sampai berdiri pun tak boleh.

Bernafas dah macam apa, dia boleh marah saya sebab bawa anak ke hospitaI. Saya sabar lagi 5 hari discaj lepastu anak saya sakit semula, terpaksa masuk wad lagi. Doktor kata dia belum betul-betul sembuh, bacaan darah pun nampak kurang air dalam badan.

Saya jaga anak saya seorang diri. MaIangnya, 2 hari lepastu adiknya pulak ambulans bawa masuk hospitaI juga muntah cirit. Saya ni kepenatan siang malam. Sekarang jaga 2 orang pulak, yang dekat rumah pun dah lembik muntah cirit. Dia boleh telefon saya menjerit-jerit.

Saya sabar je tak meIawan balik sebab masa dia telefon tu abah dan abang-abang saya ada depan saya melawat anak saya. Bila mereka dah balik saya jawab lagi panggiIan dia tapi saya dah mula hilang sabar sebab dia tak henti menjerit-jerit pada saya.

2 minggu anak masuk hospitaI sekali pun dia tak pernah nak datang tolong bergilir jaga ke apa. Hanya datang berapa kali je itupun waktu malam bukannya boleh naik tengok anak pun. Bila saya tegur, dia jawab, “padan muka kau. Itu semua sebab KO degil tak nak dengar cakap aku. Anak-anak semua jadi macam ni sebab dosa kau!”

Patut tak dia cakap macam tu padahal saya siang malam bersengkang mata jaga anak-anak sampai kaki ni lembik rasa tak mampu dah nak berdiri pun. Saya sabar lagi, bila dah keluar wad, balik rumah, saya tak boleh lupa semua apa yang dia cakap pada saya waktu anak admit tapi saya tahan je dalam hati.

Kemudian dia ajak keluar pergi makan Marrybrown sebab kesian kan anak dah merengek saya ikut juga. Kebetulan masa nak balik dalam kereta tu anak bongsu saya kakinya tertolak gear waktu kereta tengah jalan. Dari D ke N. Suami punya mengamuk. Saya diam lagi.

Suami minta saya ambilkan air yang kami beli tadi, saya jawab nanti la tunggu sampai rumah sebab selalu bila naik kereta dia tak akan bagi anak makan minum dalam kereta. Jadi saya tak nak nanti anak-anak nampak dia minum, anak-anak pun akan mengamuk nak jugak.

Sekali bila masuk je dalam rumah saya tengah suap anak-anak makan Marrybrown, dia boleh tengking saya sekuat-kuatnya. Anak saya semua terkejut terus tekup muka ke lantai. Saya pun terkejut, sedih tengok anak-anak ketakutan.

Suami dah membebel-bebel hamun saya. Saya ada atau tak sama je kata dia fikirkan anak-anak je. Saya diamkan diri, bawa anak masuk bilik. Saya diamkan diri sebab 4 tahun lepas waktu bertengkar saya menjawab dia pernah naik kaki dan tangan dekat saya.

Itu yang saya takut berulang lagi. Kalau la jadi apa-apa pada saya macamana anak-anak saya nak minta bantuan. Anak saya bukan macam budak-budak normal biasa, 2 orang anak saya tak boleh bercakap. Yang berumur 5 dan 3 tahun.

Yang sulung 9 tahun tapi sama juga tak macam budak biasa. Saya fikirkan macam tu saya terus jadi keras hati nak naik pejabat agama. Dia pun mencabar-cabar saya. Saya nak tanya pembaca sekalian, betul tak tindakan saya ni.

Saya tak mampu dah nak teruskan. Selama ni saya tutup aib suami tapi dia ibarat mencabar-cabar kesabaran saya ni. Saya yakin saya mampu hidup tanpa dia insyaaAllah asalkan anak-anak ada dengan saya. Nafkah memang dia ada bagi ok tapi kadang-kadang mengungkit membangkit.

Sabar saya dah habis. Waktu anak dekat hospitaI saya tegur pasal tanggungjawab dia tak tolong sama jaga anak tapi dia jawab dia kerja tak boleh cuti, kalau cuti nanti kena potong gaji. Adik beradik dia sendiri pun pelik dengan kelakuan dia, anak-anak sakit dekat hospitaI, dia buat tak tahu je.

Baca juga: “Bapak tukar nama company jadi nama aku, aku seronok sangat tapi satu hari dapat surat merah dari KWSP..”