Anak-anak perempuan siapa merenyam dan ganas ni? Tampar pelajar Tingkatan 1 hanya kerana berebut teman lelaki

Tular video berdurasi satu minit 21 saat yang memaparkan seorang pelajar perempuan Tingkatan 1 ditampar dua pelajar lain dalam tandas sekolah.

Tindakan itu dipercayai berpunca daripada sikap cemburu suspek kepada mangsa yang dikatakan rapat dengan teman lelakinya masing-masing berusia 15 tahun.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan berhubung kes buli oleh dua pelajar senior di sebuah sekolah menengah di daerah Kerian.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya telah menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa bagi mengambil tindakan lanjut.

“Kita juga ambil pendekatan untuk mengekang kejadian buli di sekolah.

“Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk memperingatkan khususnya ibu bapa para guru komuniti selain menambah baik segala garis panduan berkaitan mengekang kejadian buli khususnya di institusi pendidikan di bawah KPM,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung isu terbabit selepas melawat pusat media sempena Pilihan Raya Kecil ( PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Kompleks Rakan Muda di Jawi, Nibong Tebal semalam.

BACA JUGA Apalah guna jadi wanita hebat bekerjaya tapi tiada… , ibu 10 anak ini kongsi nasihat buat yang berangan mahu ‘childfree’