Kasih ayah hingga ke syurga.
Itu yang dapat dikatakan tentang seorang bapa di China yang sanggup membuka makmal perubatan sendiri untuk merawat anaknya yang sakit tenat.
Xu Wei, 30 menghasilkan ubat sendiri berpandukan rawatan eksperimen dari Amerika Syarikat.
Haoyang, anaknya yang berusia setahun itu disahkan menghidap penyakit Menkes iaitu gangguan genetik yang jarang berlaku.
Kisahnya terjadi apabila Xu menghubungi syarikat pembekal untuk menghasilkan ‘histidine’ iaitu asid amino tembaga untuknya namun kosnya terlalu tinggi dan mengambil masa bertahun-tahun.
Dia yang enggan berputus asa mula mencipta ‘histidine’ selepas meneliti kertas penyelidikan Amerika Syarikat.
Dengan kos menelan 20,000 yuan (RM12,691), dia menguji ubat itu terhadap seekor arnab dan juga dirinya.
Melihatkan ubat itu dalam kategori selamat, Xu menyuntik dos kecil pada anaknya dan menambah dos sedikit demi sedikit.
“Rawatan itu tidak menjadikan anak saya lebih baik, tetapi ia menghalangnya daripada menjadi lebih teruk.”
“Dia menghabiskan hampir sepanjang hari berbaring, tetapi apabila orang cuba mengusiknya, dia tersenyum,” kata Xu dalam satu temu bual.
Xu mencari pendapatan dengan menjual soket elektrik dalam talian untuk membesarkan anaknya bersendirian.
Baca juga: “Suami aku diam diam kahwin dengan janda anak tiga, ini yang aku buat lepas aku tahu..”