Anak ini ketakutan selepas bunyi bom, cuba ditenangkan oleh doktor terus menangis-Netizen sedih kerana tidak dapat menolong

Siri serangan udara yang meletus di Gaza, Palestin pada ketika ini jelas membawa kesan buruk kepada anak yang masih kecil yang tidak tahu apa-apa.

Paling menyedihkan, tular satu video memaparkan seorang budak lelaki kelihatan trauma selepas kawasan rumahnya dibedil rejim zionis Israel.

Menurut kapsyen di video TikTok @_ellwani memberitahu bahawa pihaknya sendiri menangis masa translate video ni.

“Tak terbayang trauma yang anak ini hadap. Beliau terjaga selepas mendengar bunyi B*M.

“Cuba ditenangkan oleh doktor namun air matanya tetap tumpah selepas dipeluk. Seakan-akan ketakutan yang tersimpan perlu dilepaskan

“Selain golongan wanita dan warga emas, kanak-kanak antara golongan yang paling terkesan apabila berlakunya peperangan,”tulis beliau.

Menurut perkongsian itu seorang doktor dilihat sedang berbicara dengan kanak-kanak lelaki itu bertanyakan tentang apa yang telah berlaku.

@_ellwani_

Kami sendiri menangis masa translate video ni. Tak terbayang trauma yang anak ini hadap. Beliau terjaga selepas mendengar bunyi B*M. Cuba ditenangkan oleh doktor namun air matanya tetap tumpah selepas dipeluk. Seakan-akan ketakutan yang tersimpan perlu dilepaskan🥺 #freepalestine🇵🇸 #palestinewillbefree #israelkoyak #israelcuak

♬ suara asli – Kalam berhijrah – Kalam berhijrah 🅥

Kanak-kanak yang jelas kelihatan menggigil dan trauma itu memberitahu bahawa dia sedang tidur apabila tiba-tiba kawasan tempat tinggal dibedil tanpa belas kasihan.

Bila ditanya apakah dia takut dengan kejadian itu, kanak-kanak itu mengangguk dan mengiyakan pertanyaan itu.

Doktor tersebut kemudian memujuk kanak-kanak itu dengan berkata semuanya sudah berakhir dan dia kini selamat.

Keadaan bertukar sebak apabila kanak-kanak itu mula mengalirkan air mata apabila dia dipeluk erat oleh doktor berkenaan. Dia juga difahamkan sedang mencari ahli keluarganya yang hilang ketika kejadian itu berlaku. Allahu kesiannya…

“Mungkin dunia ni bukan untuk awak, tapi Allah dah siapkan syurga buat awak”

Rata-rata yang melihat video ini merasa sangat terkesan dengan emosi yang ditonjolkan kanak-kanak berkenaan.

Netizen juga beranggapan kanak-kanak itu juga seakan-akan menahan kesedihannya, walhal dia masih terlalu kecil untuk melakukan perkara seperti itu.

Semoga Allah terus memberi kekuatan buat mereka yang di Palestin sana.

Baca juga: Tidak bersolidariti terhadap Palestin, pengikut akaun TikTok Syamimia ‘drop’ teruk!