Anak jadi baran kalau anda suka marah, ini antara 15 adab anak cepat tiru

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, jadi untuk mendidik anak-anak biarlah dari kecil. Ini antara adab yang kita boleh jadikan contoh untuk anak-anak. Berikut adalah tips yang dikongsi Mohd Fhais Salim di Facebook.

1) Panggil orang

Panggilah orang dengan namanya dan bukan hanya woi. Cara panggilan woi boleh dikategorikan sebagai biadap dan tidak sopan untuk anak kita memanggil orang yang tidak dikenali.

2) Bercakap

Kita perlulah bercakap dengan sopan santun dan tidak menengking ketika bercakap. Hal ini kerana anak akan fikir yang menengking itulah adalah jalan paling cepat menarik perhatian orang kepadanya.

3) Mengarah

Ibu nak makan, ibu nak susu. Bagaimana kita mengarah orang, begitulah anak akan mengarah kita.

4) Sebut tolong

Tak salah nak sebut ketika meminta bantuan daripada anak, nanti anak bila nak minta tolong dia akan sebut tolong sebab dia tahu kita akan membantunya.

 

5) Ketika makan

Ketika makan jagalah adab, jangat bersungut di hadapan makanan. Ia menujukkan ketidaksopanan kita di hadapan rezeki. Tak mustahil anak-anak akan buat benda yang sama di tempat makan ataupun rumah orang lain

6) Marah orang

Cubalah untuk mengawal baran dihadapan anak-anak. Anak mungkin akan menjadi baran dengan cepat juga melihat tingkah laku anda.

7) Hormat orang tua

Anak-anak akan melihat cara kita melayan ibu bapa kita. Jika kita melayan mereka dengan baik maka mereka akan membuat benda yang sama kepada kita. Andai kita biadap dengan ibu bapa kita, tak mustahil bila besar nanti mereka akan melakukan perkara yang sama kepada kita.

8) Sabar

Anak belajar sabra dengan melihat kesabaran kita melayan mereka atau cara kita menghadapi situasi yang agak tegang.

9) Mulut laser

Kita mesti ingat anak cerminan diri kita. Apa yang kita cakap anak-anak pasti akan mengikutnya. Jadi jagalah percakapan di hadapan anak.

10) Senyum

Kita rajin senyum, anak-anak pun akan rajin senyum. Kalau kita malas senyum tak mustahil anak muka mencuka je.

11) Ucap terima kasih

Setiap kali anak cuba membantu, kita sebolehnya ucap terima kasih, ini menyebabkan mereka rasa dihargai dan perlahan-lahan mereka akan lakukan benda yang sama.

12) Meminta maaf

Ada anak yang jelas buat salah tapi masih tak minta maaf. Ini mungkin disebabkan kita tak mengajar mereka untuk sentiasa cakap maaf apabila membuat salah.

13) Mendengar

Cara kita mendengar, itulah cara anak kita mendengar. Kalua masa anak tengah bercakap dan kita buat sambil lewa dan pegang telefon bimbit, tak mustahil anak juga akan membuat perkara yang sama apabila kita bercakap dengannya.

14) Toleh

Sekali panggil je anak dah pandang, pastikan apabila dipanggil oleh anak, kita akan cepat-cwpat pandang ke arah mereka.

15) Mengamuk

Kalau kita suka mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.

Perilaku dan akhlak kedua ibu bapa adalah cermin bagi tarbiyyah yang mereka bawakan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa adalah uswah (teladan) dalam pertuturan dan amalan harian mereka.