Bagi pasangan yang memiliki anak kecil, mereka pasti tahu betapa sukarnya untuk menyediakan makanan untuk anak, terutamanya jika anak tersebut sukar untuk makan atau enggan mengambil sebarang hidangan.
Perkara ini menjadi kebimbangan kepada ibu bapa kerana ia boleh merosakkan kesihatan anak-anak, dengan menyebabkan penurunan nutrisi dalam badan mereka dan membuat mereka lebih mudah terkena pelbagai penyakit.
Pun begitu, tidak salah jika para ibu mencuba resepi yang dikongsi oleh orang ramai di media sosial, antaranya seperti @mamysophea di TikTok ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Telur (sebiji)
Nasi (satu senduk)
Isi Ayam (cincang/parut)
Bawang (cincang/parut)
Sawi (hiris halus)
Lobak merah (cincang/parut)
Serbuk ayam (yang dibuat sendiri)
Minyak zaitun
Cara-caranya:
Letakkan nasi yang telah dilenyekkan dalam satu mangkuk atau bekas, kemudian tambahkan sebiji telur.
Selepas itu, ambil sayur sawi yang dihiris halus, lobak merah, isi ayam, dan bawang yang telah dicincang, tambahkan sedikit serbuk ayam, dan gaulkan semua bahan sehingga sebati.
Panaskan minyak, kemudian tuangkan sedikit dari bahan yang telah digaul tadi dan ratakan.
Ulang perkara tersebut sehingga bahan campuran itu habis.
Setelah hidangan itu masak dengan sempurna, potonglah sesuai dengan keinginan.
Nota tambahan: Jika anda tidak ingin menggunakan telur, anda boleh menggantikannya dengan tepung gandum dan jadikannya sebagai cucur.
Baca juga: Bengang pekerja bank tak layan, taikun China ini minta wang RM3.7 juta dikira guna tangan