Anak kepada pemilik restoran dedah TikToker datang nak ‘review’ makanan tapi kena bayar RM1,800 untuk viral

Sesebuah perniagaan zaman sekarang perlu review semata-mata mahu tular di media sosial, namun apa yang menjengelkan ada yang minta bayaran walaupun tidak disuruh buat content.

Seorang wanita ini dilaporkan merasa tertipu apabila perlu membayar RM1,800 untuk sebuah review secara paksa oleh individu bergelar influencer di TikTok.

Wanita tersebut telah memuat naik video di TikTok, @alinkiwi apabila pempengaruh meminta RM1,800 membuat ulasan di kedai makan ayahnya.

@alinkiwi

#fyp #reviewkedaimakan cukup2 la org dh tua, cari rezeki. jgnla menyusahkan pakcik2 dgn benda2 minta duit cmni.

♬ original sound – Alinkiwi – Alinkiwi

Difahamkan influencer tersebut mendekati ayahnya dan memperkenalkan diri sebagai seorang ‘Tiktoker popular’ dan mahu membuat konten di TikTok berkaitan makanan di restoran mlik bapa wanita tersebut.

“Ayah saya memang ada restoran. Jadi, ada seorang Tiktoker datang dan nak buat review (ulasan) makanan.

“Ayah saya cakap boleh, buatlah ‘review’. Kalau kedai ada makanan sedap pastinya pelanggan sendiri akan ada yang viral (tular),” ujarnya di TikTok.

Apa yang mengejutkan adalah tiktoker tersebut meminta bayaran RM1,800 sebagai upah untuk tularkan restoran tersebut.

Apabila dipersoal mengapa harus membayar untuk ‘review’ berkenaan, pempengaruh tersebut malah memberi diskaun kepada RM1,500.

“Apabila ayah saya tanya mengapa kena bayar, katanya untuk dia ‘viralkan’ (tularkan) di TikTok. Selepas itu, ‘TikToker’ tersebut memberikan ‘diskaun’ dan menurunkan harga kepada RM1,500.

“Dia (tiktoker) tidak sepatutnya minta duit untuk buat ‘review’. Selalunya, pelanggan sedia ada yang datang akan viralkan (tularkan) sendiri,” katanya.

Menurut wanita tersebut sudah ramai pempengaruh dengan jumlah pengikut besar yang datang makan dan membayar penuh harga di restoran tersebut.

Malah dia sendiri tidak tahu berapa ramai pengikut Tiktoker tersebut sehingga meminta bayaran sebegitu banyak padahal untuk ‘content’ media sosial sendiri.

Senang betul buat duit, makan sampai kenyang kemudian minta duit pula dengan alasan nak bagi viral kedai walhal perniagaan tersebut sememangnya dah maju.

Baca juga: Tak masuk akal! Koleksi kereta Sultan Brunei lagi mahal dari kelab Manchester United