Sesungguhnya seorang anak itu adalah amanah yang wajib dijaga oleh ibu dan bapa apatah lagi anak perempuan.
Ia kerana anak perempuan dilihat lebih mudah tercedera dan lemah berbanding anak lelaki yang fizikalnya lebih kuat.
Tular di laman sosial seorang ayah yang berkongsi kisah anaknya yang dijaga rapi namun masih melakukan perkara terlarang di belakangnya.
“Aku sampai tak tidur malam berjaga, tapi Allah uji, anak pandai keluar malam tanpa sedar sampai ada hubungan intim dengan suami orang!”
BENARLAH kata pepatah, ‘menjaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga sekandang lembu.’
Tambahan pula dengan zaman media sosial di mana segala perkara boleh diakses menerusi hujung jari, tugas mendidik anak-anak menjadi cabaran yang besar buat ibu bapa.
Pendek kata, setegas mana pun didikan yang diberikan, namun ia bukan jaminan anak-anak tidak akan terjebak dengan perkara negatif, mengambil kira kehadiran faktor-faktor luaran yang berada di luar kawalan ibu bapa.
Begitulah kisah yang diluahkan oleh seorang bapa mengenai anak gadisnya yang menjadi liar sehingga akhirnya maruah diri tergadai.
Lebih menyedihkan, anak gadisnya yang berusia 16 tahun itu terlanjur dengan seorang lelaki berstatus suami orang.
“Dah tegur… telefon tak pernah kasi, duduk depan mata (tinggal bersama). Isteri suri rumah… bab didikan, aku dan isteri tegas tapi masih beri perhatian dan kasih sayang.
“Habiskan masa dengan keluarga setiap minggu, makan malam semeja itu wajib.
Luahan seorang bapa mengenai anak gadisnya.
Tapi Allah uji, anak pandai keluar malam tanpa sedar, sampai dah buat seks dengan laki orang. Aku sampai tak tidur malam berjaga, tapi still budak sekarang licik.
“Ikutkan hati nak tibai, tapi sabar,” luahnya.
Ujar lelaki yang tidak mendedahkan identiti diri itu, dia benar-benar buntu sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk ‘menyelamatkan’ anak gadisnya daripada terus hanyut.
“Aku tahu Allah sayang aku, cuma apa pendapat kau? Bagi anak kahwin umur 16 tahun ke atau kena akur anak buat maksiat belakang kau?
“Kahwin awal atau macam mana? Wali buntu. Aku dah nasihat…. lembut, kasar semua dah. Dah terang bab agama sejak kecil, dah ajar bab sains daripada kecil, semua tak pakai,” kongsinya lagi.
Baca juga: ”Badan isteri makin lama makin besar, belikan barang senam pun dia pandang sebelah mata je”