Anak mangsa kemalangan Abdur Rahman sudah ada akaun TikTok-‘Terima kasih sayang korang’

Anak mangsa kemalangan yang membabitkan enam jenazah Abdur Rahman kini sudah memiliki akaun TikTok dan melalui akaun tersebut beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Abdur Rahman berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang datang menziarahinya, menghulurkan bantuan serta yang mendoakannya.

Beliau kehilangan ahli keluarga dalam nahas kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia sebab memang tak terhingga banyaknya doa-doa anda semua.

Betullah seperti yang kata orang Malaysia ni memang prihatin. Terima kasih, sayang korang.

Dalam pada itu, remaja berusia 19 tahun ini juga menasihati warganet agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sumber berita supaya tidak menyebarkan info yang tidak tepat.

@rahmanlah

terima kasih ye semua🥰🤍@ABANG SOYAAA

♬ original sound – MVM Music – MVM Music

Tujuan saya buat video ini adalah saya mahu betulkan apa yang salah. Sebab sekarang ini kuasa di hujung jari, benda yang tak betul jadi makin tersebar.

Saya cuma nak minta kepada pengguna media sosial iaitu netizen, kalau nak sebarkan sesuatu perkara pastikan ianya sahih dahulu.

Terdahulu, ibu bapa serta empat lagi adik kepada Abdur Rahman disahkan meninggal dunia dalam kemalangan ketika mereka dalam perjalanan untuk menghantar ibunya di Segamat.

Mangsa yang terlibat ialah Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat lagi anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Difahamkan, ibunya merupakan guru Sekolah Agama Semedak manakala bapanya merupakan seorang imam di Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang.

Jenazah enam beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong pada petang Sabtu.

Baca juga: Siapa nak beli? Lamborghini KL dibuka dengan harga RM6.5 juta termasuk cukai