Anak mati sebab obes, ibu bapa ditahan

Anak mati sebab obes, ibu bapa ditahan. Sepasang suami isteri akan dibicarakan Januari tahun depan atas tuduhan membunuh anak perempuan mereka dengan cara membiarkan mangsa menjadi obes.

Menurut Harian Metro, Kaylea Titford, 16, maut di rumah keluarganya di Newtown, Powys di Wales, pada Oktober 2020. Dia ditemukan tidak sedarkan diri, kesejukan dan pucat ketika dikejutkan.

Ibunya, Sarah Lloyd-Jones, 39, dihadapkan ke mahkamah pada Selasa lalu dan dituduh membunuh dengan kecuaian yang teruk sehingga menyebabkan kematian remaja itu.

Bapa kanak-kanak itu, Alun Titford, 44, juga berdepan tuduhan sama pada keesokan harinya dan tidak hadir ke Mahkamah Crown Mold di utara Wales.

Kesalahan itu dilakukan antara 24 Mac hingga 11 Oktober 2020 kerana gagal memastikan Kaylea mendapat diet sempurna sehingga mengalami obesiti.

Defendan juga dituduh kerana gagal untuk memastikan remaja berusia 16 tahun itu melakukan senaman, tinggal di kediaman yang bersih dan persekitaran selamat.

Selain itu, suami isteri itu juga didakwa kerana gagal memastikan kesihatan fizikal anak mereka dan gagal membawa mangsa mendapat rawatan kesihatan sebaiknya.

Hakim, Rhys Rowlands menetapkan 30 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula dan perbicaraan bermula 16 Januari tahun depan.

Baca Juga: Peguam Siti Bainun ‘koyak’ lepas dihentam netizen

Baca Juga: Hanya gunakan bahan di rumah, doktor kongsi petua mujarab hilangkan pijar tangan lepas pegang cili