Nedim nazri kecewa, mangsa tak nak dibantu tapi demand selimut dan gula. Suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri baru-baru ini telah turun padang membantu mangsa banjir yang terkandas di Taman Sri Muda.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned dilihat menyelamatkan bayi yang terperangkap bersama ahli keluarga lain.
Terbaru, Boss Ned menerima kecaman ramai di Twitter selepas memuat naik luahan kecewa mengenai sesetengah mangsa banjir yang enggan dibantu. Sebaliknya menurut Boss Ned, mereka meminta selimut, gula dan sebagainya.
Di ruangan komen, netizen berkata, barangan yang diminta mangsa banjir itu adalah barangan asas untuk menghadapi ‘post-banjir’.
Netizen mencadangkan team Boss Ned bergerak ke tempat lain untuk mengeluarkan mangsa-mangsa terkandas.
Nedim walau bagaimanapun tidak terkesan dengan komen yang ditinggalkan netizen. Jelasnya dia hanya melakukan kerja dan mengakui ada situasi di mana mangsa tidak mahu keluar dari rumah.
Ada juga dalam kalangan netizen memberi kata-kata sokongan buat Nedim. Katanya, Nedim sudah melakukan yang terbaik untuk membantu mangsa-mangsa terperangkap.
-Info Rakyat-