Anak PM Israel ‘Kantoi’ Kongsi Video Kemenangan Bola Sepak Palestin

Sekiranya anda mengikuti perkembangan semasa, pastinya anda cukup tahu akhir-akhir ini Palestin telah diancam oleh pihak Zionis di mana rakyat Palestin telah dibunuh termasuk kanak-kanak manakala fasiliti penting pula telah dirosakkan.

Kekejaman yang dibuat nyata membuatkan sejumlah besar netizen seluruh dunia berang dengan tindakan yang dibuat oleh pihak Zionis sekaligus melancarkan beberapa serangan secara siber menerusi serangan di media sosial mahupun secara godaman laman web dan pengkalan data Israel.

Terbaharu, sebagai ‘usaha’ untuk menunjukkan kepada dunia ‘kekejaman’ Palestin, anak Perdana Menteri Israel, Yair Netanyahu menerusi laman Twitter telah berkongsi sebuah video memaparkan rakyat Palestin yang sedang bangga bersorak dan bergembira beramai-ramai.

Video dengan caption ‘Never forget: The Palestinians celebrated 9/11 in 2001!’ berkenaan turut ditutup komen dalam menghalang sebarang respon daripada para netizen.

Walau bagaimanapun, segalanya kantoi apabila video yang dikongsikan Yair Netanyahu bukanlah seperti yang didakwa sebaliknya merupakan video rakyat Palestin meraikan kemenangan bola sepak. Lebih unik, kemenangan tersebut merupakan kemenangan ke atas Malaysia pada tahun 2001.

Berikutan tindakan beliau yang menutup bahagian reply di Twitter, para netizen seluruh dunia tampil menjelaskan fakta sebenar menerusi quote tweet. Berikut merupakan respon netizen mengenai tweet yang dikongsikan Yair Netanyahu.

Untuk pengetahuan, Yair Netanyahu merupakan satu-satunya anak lelaki Benjamin Netanyahu. Sebagai anak kepada Perdana Menteri Israel, beliau juga tidak terlepas diserang para netizen yang menyokong Palestin berikutan sokongannya terhadap kekejaman Zionis. Setakat artikel ditulis, video yang dikongsikan beliau sejak 20 Mei 2021 masih lagi belum diturunkan meskipun disahkan kantoi.

sumber : https://www.thevocket.com/mahu-sebar-kebencian-anak-presiden-israel-kantoi-kongsi-video-kemenangan-bola-sepak-palestin/