Seorang wanita Itali yang tidak mempunyai anak telah menyerahkan seluruh kekayaannya yang berjumlah €5 juta (RM 25.59 juta) kepada penjaganya, hingga menyebabkan kejutan kepada 10 anak saudaranya.
Maria Malfatti, yang merupakan salah seorang ahli keluarga kaya di Rovereto, telah meninggal dunia pada November tahun lalu pada usia 80 tahun.
Wanita tersebut memiliki sejumlah aset berharga termasuk beberapa unit pangsapuri, bangunan bersejarah di pusat bandar, dan juga sejumlah besar wang simpanan.
Bagaimanapun, Maria tidak pernah berkahwin dan tidak memiliki anak untuk mewarisi hartanya.
Tidak mahu mewariskan harta kepada anak-anak saudaranya, Maria sebaliknya memilih untuk menyerahkan semua kekayaannya kepada penjaganya. Walaupun hubungan antara Maria dan anak saudaranya tidak jelas, namun mereka terkejut apabila mengetahui bahawa pekerja dari Albania tersebut merupakan penerima wasiat Maria.
Mereka kemudian menghubungi peguam, Luca Fedrizzi, dan memfailkan kes untuk membekukan harta Maria. Anak-anak saudara mendiang juga mendakwa bahawa dia telah kehilangan kesihatan akibat usia tua, manakala penjaga tersebut dituduh memanipulasi keadaan.
Hakim kemudian bersetuju untuk membekukan semua aset Maria setelah menilai kemungkinan penyelewengan adalah tinggi.
Baca juga: Baru tahu rupanya ikan frozen lebih bernutrisi, tak risau ikan busuk kalau berminggu dalam peti