Video Noor Nabila sedang membersihkan sofa miliknya selepas anak kepada aktres Sharifah Sakinah dikatakan terkencing ketika tidur tukar di Tiktok.
Netizen terus mengata benda negatif terhadap anak Sakinah iaitu Anais Adha yang menganggap kanak-kanak itu tidak sepatutnya terkencing memandangkan usianya sudah mencecah enam tahun.
Tidak hanya kepada Anais, ada juga dalam kalangan netizen yang menyelar cara didikan Sakinah dan meminta dia mengajar anaknya itu untuk membiasakan diri kencing sebelum tidur.
Enggan kritikan terhadap Sakinah dan Anais berterusan, penyampai radio Sharifah Shahirah menjelaskan apa yang berlaku adalah kesalahannya kerana terlupa meminta Anais membuang air kecil terlebih dahulu sebelum tidur.
Jelas Shahirah atau Shiera, anak saudaranya itu mengikutnya berkunjung ke rumah Nabila sekitar 10 malam dan sudah terlepas waktu tidurnya memandangkan waktu tidur kanak-kanak itu pada pukul 8.30 malam.
“Saya repost daripada video yang diviralkan dan telah membaca setiap komen. Jadi untuk elakkan anda mendapat dosa kosong, saya akan jelaskan perkara sebenar.
“Anak Sakinah tidur awal, kami datang rumah Nabila pukul 10 malam. Kita terlupa sebelum tidur dia sepatutnya pergi ke tandas dulu.
“Anais sangat disiplin, tidur pukul 8.30 malam. Kita bawa dia jalan malam-malam, jadinya dia tidur di atas sofa,” katanya.
Shiera mohon netizen berhenti komen negatif.
Shiera membuat penjelasan itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.
Dalam pada itu, Shiera memohon agar netizen berhenti memberikan komen negatif dan menegaskan anak saudaranya itu pandai berdikari serta tahu untuk membuang air kecil di tandas.
“Aku yang besar ini pun pernah terkucil (terkencing) ketika tidur, apatah lagi budak kecil. Jadi berhenti komen cakap budak enam tahun kencing bersepah.
“Alhamdulillah anak Sakinah bijak dan dia boleh fikir untuk kencing di tandas dan sangat berdikari. Sekian, terima kasih,” katanya.
Baca: Nampak miskin, rupanya makcik duduk depan bank jual kerepek raih RM15,000 sebulan