Pengambilan makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan adalah sangat disarankan oleh pakar nutrisi makanan.
Lebih-lebih lagi untuk anak yang masih bersekolah. Mereka kerap memilih makanan hingga membuatkan ibu bapa buntu dalam menyediakan makanan.
Namun jangan risau, Pencipta kandungan masakan, Linda Safar ada berkongsi resepi roti bakar di Facebook yang bukan sahaja sesuai untuk sarapan malah boleh dibawa ke sekolah untuk bekalan anak-anak.
1) Roti bakar telur goyang
Dalam penyediaan hidangan ini, anda hanya perlu menyiapkan roti, keju, dan telur.
Mula-mula, lenyekkan bahagian tengah roti untuk mencipta ruang bagi telur kemudian taburkan keju secara merata di sekeliling bahagian roti yang telah dilenyekkan tadi.
Akhirnya, letakkan telur di tengah roti dan tetapkan suhu ketuhar pada 180°C. Biarkan masak selama 17 minit.
2) Roti jagung cheese
Bahan-bahan yang diperlukan adalah roti, hirisan chicken ham, jagung, dan keju.
Langkah pertama, campurkan chicken ham dengan jagung dan mayonis dalam satu bekas. Sebatikan hingga rata kemudian lenyekkan bahagian tengah roti untuk sediakan ruang.
Setelah itu, ratakan campuran bahan tadi ke atas roti yang telah dilenyekkan tadi.
Langkah terakhir, lapisan keju di atas hidangan tersebut dan tetapkan suhu ketuhar kepada 180°C. Biarkan masak selama 15 minit.
3.Roti bakar gula
Bahan-bahan yang diperlukan adalah roti, mentega, dan gula.
Langkah pertama, hiris bahagian atas roti dalam bentuk kotak seperti yang dalam gambar.
Kemudian, tuangkan mentega yang telah dicairkan ke seluruh permukaan roti serta taburkan gula diatasnya.
Akhirnya, bakar roti dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 10 minit.
4.Roti bakar blueberry
Bahan-bahan yang diperlukan adalah roti, blueberry, yogurt, dan telur kuning.
Campurkan yogurt dan telur kuning dan gaul secara sekata di atas roti. Kemudian lenyek bahagian tengah roti supaya ada ruang kecil dan permukaannya jadi sedikit tenggelam.
Tuangkan campuran yogurt dan telur kuning ke atas roti yang telah dilenyekkan tadi kemudian susun blueberry di atas campuran tersebut.
Akhirnya, tetapkan suhu ketuhar pada 180°C dan bakar selama 15 minit.
5) Roti telur udang
Bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan ini adalah udang, telur, roti, susu, dan timun.
Pertama, campurkan telur, susu, dan garam dalam satu bekas, lalu adun hingga bahan-bahan tersebut sebati kemudian masak udang dengan sedikit minyak hingga matang.
Sementara itu, buat telur dadar dengan sedikit minyak.
Kemudian susun potongan timun, telur dadar dan udang di atas roti yang telah disiapkan.
Akhir sekali, tambah sos yang anda sukai sebagai pelengkap rasa.