Perbincangan melibatkan anak perdana menteri Malaysia, Tun Mahathir mengenai lanjutan tempoh untuk mengisytiharkan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berjalan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya bersetuju memberikan tempoh tambahan kepada Tan Sri Mokhzani dan Mirzan yang sebelum ini bertarikh 25 dan 29 Mei 2024.
“Pihak peguam Mirzan dan Mokhzani sudah berhubung dengan penyiasat saya dan kita tetapkan tempoh tarikh yang mereka kena mula isytiharkan.
“Jadi, kita setuju dengan yang itu,” katanya selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM-ITBM (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024, hari ini.
Sebelum ini, akhbar melaporkan SPRM meminta kedua anak Tun Mahathir iaitu Mirzan dan Mokhzani untuk mengisytiharkan asetnya sama ada yang alih mahupun tidak alih dalam masa 30 hari dari tarikh notis.
Ia turut merangkumi aset yang berada di dalam negara dan juga luar negara.
Baca juga: Pengiring TMJ serang lelaki OKU, polis enggan ulas lanjut