Anda boleh buka pelitup muka kecuali di dua tempat ini. Bermula 1 Mei ini, pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan apabila berada di dalam bangunan dan di dalam pengangkutan awam termasuk e-hailing.
Memetik laporan Sinar Harian. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan tetapi amat digalakkan.
“Pemakaian pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19,” katanya.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut membuat keputusan membenarkan aktiviti takbir hari raya di masjid dan surau seluruh negara.
Aktiviti tersebut juga dibenarkan dari rumah ke rumah tetapi perlu sentiasa memakai pelitup muka.
“Solat sunat hari raya juga dibenarkan diadakan di masjid dan surau dengan kapasiti 100 peratus dengan semua jemaah hendaklah sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa,” katanya.
Menurutnya, turut dibenarkan, jamuan selepas solat di masjid atau surau, program ziarah, ziarah tanah perkuburan, rumah terbuka atau majlis hari raya indoor serta outdoor.
“Aidilfitri kali ini adalah satu rahmat untuk kita raikan bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai selepas dua tahun kita memerangi pandemik Covid-19.
Oleh itu dalam Fasa Peralihan ke Endemik ini, menjadi tanggungjawab kita untuk pastikan perayaan ini tidak berakhir dengan kemudaratan,” katanya.
Bila SOP sudah dilonggarkan, diharapkan rakyat masih ingat apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan bagi mencegah Covid-19 daripada terus tersebar.
Baca Juga: 4 tabiat yang boleh rosakkan kereta, no 4 kegemaran rakyat Malaysia
Baca Juga: Bukan semua lagu ‘sampah’, Alif Satar ada ‘content’ bermanfaat hasil berpadu dengan Raihan