Anda peminat makanan Korea, ini 5 jenis makanan yang patut anda cuba di CU Mart

Anda peminat makanan Korea, ini 5 jenis makanan yang patut anda cuba di CU Mart. Kedai serbaneka yang sering anda lihat di dalam drama korea kini sudah berada di Malaysia.

CU Mart telah membuka cawangan pertamanya di Kuala Lumpur pada tahun 2021, kini cawangannya telah banyak dikembangkan di serata Malaysia.

Antara makanan yang patut anda cuba ialah:

1 K-Corn Sausage

K-Corn Sausage atau corndog ini memang popular sehingga dijual di merata tempat termasuklah di pasar malam namun di CU Mart rasanya berbeza daripada yang biasa.

Ada pelbagai jenis yang anda boleh pilih untuk cuba namun yang paling laris ialah Potato Cheezy Corn Sausage. Disalut dengan hirisan kentang diluar, ditambah pula gabungan sosej dan keju mozarella di dalamnya, pastinya anda akan merasa kenikmatan.

2 Ramen

Umum sedia tahu, drama atau filem korea pasti akan ada adegan memakan ramen dalam salah satu episod mereka. Di sini terdapat lebih banyak pilihan yang anda boleh cuba seperti Samyang, Shin Ramyun, Neoguri dan lain-lain.

Anda juga boleh masak ramen anda sendiri menggunakan mesin layan diri mereka. Bukan sahaja itu, anda juga boleh menambah sosej mahupun telur rebus mengikut citarasa anda.

3 Ready To Eat Food

Bagi yang terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk masak, anda boleh la cuba aneka pilihan Ready To Eat Food. Makanan yang disediakan semuanya berasaskan nasi jadi anda pastinya akan kenyang.

Antara makanan tersebut ialah Rice Bowl, Lunch Box, Gimbap dan macam-macam lagi. Menu yang paling laris terjual ialah Spicy Stir-fried Chicken Rice.

4 Tteokbokki

Ini antara makanan tradisional negara Korea. Di sini terdapat tiga jenis tteobokki yang anda boleh cuba iaitu Original spicy Tteobokki, Jjang Tteobokki atau Rosé Tteobokki.

Bagi peminat makanan pedas anda boleh cuba Original spicy Tteobokki dan jika anda mahu yang kurang pedas anda boleh cuba Rosé Tteobokki, ia lebih berkrim.

5 Bingsu

Lepas dah kenyang makan, pastinya kita nak merasa makan pencuci mulut. Perut kita ni sekenyang mana sekalipun, pasti akan ada tempat khas untuk pencuci mulut.

Jadi anda boleh memesan Korean Shaved Ice atau Bingsu sebagai pencuci mulut. Ada pelbagai perisa unik termasuklah mentega kacang, coklat, mangga, bijan dan gaguma (keledek).

Jadi peminat makanan korea yang terasa nak berada ala-ala di Korea, boleh la pergi serbu kedai CU Mart. Kalau dah cukup simpanan wang boleh pula pergi melancong ke Korea.

Baca Juga: Selepas 30 tahun beroperasi, McDonald’s rasmi tutup di Rusia

Baca Juga: Pulut kuning rai jururawat