Anda tengah diet? Jom cuba buat pie tee ala Chicken Rice Shop..guna bahan kat dapur je

Berat badan adalah perkara yang sangat merisaukan bagi anak-anak muda mahupun ibu lepas bersalin.

Makanan sihat masa kini harganya diluar kemampuan kerana barang basah sangat mahal berbanding dahulu.

Jadi untuk mengelakkan pembaziran, anda boleh membuat makanan sihat sendiri di rumah dengan resepi yang disediakan.

Bahan-bahan Shell Pie Tee:

1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil air kapur makan
1 cawan air
Secubit garam
Sebiji telur

Campurkan semua bahan dan kacau tetapi pastikan adunan tidak berketul ya. Panaskan minyak, lalu rendam acuan pai tee di dalam minyak yang sudah panas sebentar.

Kemudian, celupkan acuan pai tee ke dalam adunan dan goreng hingga keemasan.

Bahan-bahan inti:

Timun, Sengkuang, Lobak – disagat / hiris halus
Taugeh
Isi udang
Bawang putih dan Bawang Merah – ditumbuk
Minyak dan Garam

Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi. Kemudian, masukkan isi udang dan tumis sehingga udang berubah warna.

Masukkan sayur-sayuran sebentar sahaja, dan perasakan dengan garam jika perlu. Angkat dari kuali.

Bahan-bahan sos:

8 tangkai cili merah – boleh tambah ikut kepedasan
2 ulas bawang putih
1/4 cawan air
1/4 cawan cuka
4 sudu besar sos sos ikan
1 cawan gula perang / gula melaka – ikut kesesuaian

Kisar semua bahan di atas, kecuali gula, hingga menjadi halus. Kemudian, tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam kuali dan masukkan gula.

Kacau rata sehingga bahan tercampur dengan baik. Proses ini akan menghasilkan hidangan yang siap disajikan.

Selamat mencuba!

Baca juga: “Berhenti kerja sebab anak selalu tak sihat, satu hari dengar mak mentua doa suami dapat jodoh lagi baik sebab aku tak membantu..”